Make your own free website on Tripod.com

Laman Web ini di miliki oleh:-

Atok Angah Banjar.

 

                                       

SELAMAT DATANG KE F'BEST HOMESTAY

ALBUM GAMBAR AKTIVITI HOMESTAY.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35

ALBUM GAMBAR PESERTA HOMESTAY.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60

61 62 63 64 65 66 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 77 78 79 80 

SENARAI NAMA PESERTA HOMESTAY.

     PENGENALAN.    

F'Best Homestay mula di tubuhkan pada awal Mac 2004. F'Best homestay adalah lebih merupakan Homestay pembelajaran. Kebanyakan peserta yang bermalam di sini adalah untuk mengikuti kursus kursus yang di anjurkan oleh Felda atau badan badan lain. Ini termasuklah pegawai pegawai baru Felda, Kursus keIbubapaan, kursus Koperasi, Motivasi, kursus Perniagaan, Permata Kasih, Kedet Ladang dan sebagainya akan berkursus dan bermalam di F'Best Homestay Felda ini. Walau bagaimana pun F'Best Homestay tidak menolak sekiranya ada pelancong samaada dari dalam atau luar Negara untuk berkunjung dan bermalam di sini. Contohnya pada Hari Raya Haji, hujung Tahun 2006 kelmarin, serombongan 70 orang Pelancong dari Singapore membuat pekej untuk Qurban 10 ekor lembu di Masjid F'Best Homestay ini. Ini kerana F'Best homestay sudah pun di iktiraf oleh Tourism Malaysia. dan telah mula di promosikan di dalam dan ke luar negara.

Untuk pelancong yang datang ke sini, sebenarnya tidak adapun yang menarik atau istimewanya. Tapi kalau mahukan kedamaian, suasana yang sunyi, jauh dari hiruk pikuk kota yang bising, maka di F'Best Homestay lah tempat yang sesuai untuk anda merehatkan badan. bukan itu saja F'Best Homestay ada menyediakan pekej pekej tertentu untuk pelancong. Anda boleh merasai suasana di ladang Getah, bagaimana nak menoreh getah, anda boleh mencuba sendiri. Juga di ladang Sawit, bagaimana sawit di tuai dan di hantar ke kilang untuk di proses di jadikan minyak sawit. Anda juga boleh melawat  kilang getah dan kilang sawit yang beropesi di kawasan F'Best Homestay ini. selain itu F'Best Homestay juga ada menyediakan kolam bagi peminat kaki pancing. Juga ada pelbagai permainan termasuklah 'Petanqe'. Sejenis permainan baling bola besi yang jarang di temui di tempat lain. F'Best Homestay juga boleh menyediakan pelbagai acara seperti Sukanika, Acara pentas, Karaoke, Majlis Perkahwinan atau apa saja mengikut pekej yang di kehendaki.

Apa apa hal pun anda boleh hubungi pihak Pengurusan F'Best Homestay  seperti yang tercatit di bawah halaman ini. Tidak ada ruginya anda datang ke sini, kepuasan pasti akan anda nikmati. anda boleh bermalam di rumah rumah ahli-ahli F'Best Homestay yang di sediakan. Terdapat lebih 30 buah rumah untuk anda berkongsi kediaman. Layanan mesra pasti akan kami berikan. Anda juga boleh menikmati makanan makanan tradisi Negeri Sembilan. yang di sediakan oleh pengusaha pengusaha F'Best Homestay di sini.

Alamat  F'Best Homestay. d/a Felda Serting Hilir 04,

72120, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus.

 (Pejabat) 06-4685424

PETA KEDUDUKAN F'BEST HOMESTAY.

Sila berikan komen di dalam buku lawatan.

Edit Terakhir pada: Tuesday, 07 August 2012