Make your own free website on Tripod.com

 

Atok Angah Banjar

     KELUARGA (AhbA)    

Gambar terbaru pada Hari Raya Aidil Fitri. 30 Ogos 2011.

Gambar hari raya pada 10 September 2010

Gambar pada hari raya Aidil Fitri 01 Oktober 2008.

Gambar keluarga  pada 03 November 2005. Sempena Hari Raya Aidil fitri di Temeris Negeri Sembilan.

Gambar keluarga  pada 14 November 2004. Sempena Hari Raya Aidil fitri di Selangor.

Gambar keluarga  pada 06 Disember 2002.Sempena Hari Raya Aidil fitri di Selangor.

 

BLOGGER GAMBAR KELUARGA

http://ahba-9504-koleksi.blogspot.com/

http://ahba-9504-gambar2011.blogspot.com/

http://ahba-9504-suhaida-rizal.blogspot.com/

 

BIODATA KAMI.

ABDUL HALIM BIN AMRI (AhbA).

Dilahirkan pada 10 Jun 1960 di kampung Parit 11, Sungai Besar Selangor. Berpendidikan setakat lulus SPM pada tahun 1977. Mempunyai 5 adik beradik dan Ahba adalah anak ke 2. Masih ada Ibu, manakala ayah telah meninggal dunia pada 30.03.2006.Sebaik habis alam persekolahan mula lah merantau ke negeri orang, ke Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Singapura. Pelbagai macam jenis kerja umum di lakukan demi untuk mencari duit. Mendirikan rumah tangga pada 03 Ogos 1986. Memasuki tanah rancangan Felda pada 19 September 1988, Sehingga lah kini sebagai seorang PENEROKA. Di samping itu juga Ahba merupakan seorang Tukang Rumah dan juga Tukang Wayering bagi menambah pendapatan keluarga. Kini sudah mempunyai 4 orang anak.

KASMAH BINTI MOHAMAD. (Isteri).

Dilahirkan pada 02 Julai 1964 di kampung Temeris Negeri Sembilan. Berpendidikan setakat darjah 6 sahaja. Mempunyai 7 adik beradik dan merupakan anak ke 6. Masih ada Bapa, manakala Ibu telah pergi ke Rahmatulah pada 31.03.1997.  Mendirikan rumah tangga pada 03 Ogos 1986. Memasuki tanah rancangan Felda pada 19 September 1988. Di Rancangan Felda ini, Kasmah bergiat aktif di dalam GPW dan lain lain. Juga merupakan salah seorang PENGUSAHA HOMESTAY.

NOOR SUHAIDA Bt ABDUL HALIM, (Anak Pertama).

Dilahirkan pada 01 Mac 1988 di HDKP Negeri Sembilan. Memulakan persekolahan di Tadika SH 04  pada tahun 1994. Sekolah Rendah Kebangsaan Serting Hilir 4 pada tahun 1995 hingga 2000. Bersekolah menengah SMKSHK di tahun 2001 hingga 2005. . Sewaktu di Sekolah Suhaida aktif didalam persatuan dan badan beruniform KEDET REMAJA.  Memasuki PLKN pada 19 Mac 2006 sehingga 10 Jun 2006. Menuntut di Kolej UNIKOP KL, di dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan mulai Julai 2006 hingga Mei 2009. Bertunang pada 30 Mei 2009 dan selepas sebulan kemudian menikah dengan pasangannya Mohamad Rizal pada 04 Julai 2009. Kini menetap bersama suami di Kapar Klang Selangor. Pada 08 April 2011, melahirkan anak pertama (perempuan) di beri nama Nur Nabila Najwa.

MOHAMAD SUHAIMI Bin ABDUL HALIM (Anak kedua).

Dilahirkan pada 24 April 1990 di HDKP Negeri Sembilan. Memulakan Tadika pada tahun 1996. Bersekolah rendah SKSHK pada tahun 1997 hingga 2002. Bersekolah menengah pada tahun 2003 hingga 2007. Semasa sekolah menengah dulu Aktif  sebagai Pengawas, ketua KRS dan berbagai kegiatan lain di sekolah. Pada awal bulan Jun hingga 06 September 2008 mengikuti PLKN di Kem KARISMA Kuala Pilah dan mendapat pingat WIRA TERBAIK. Pernah bekerja sambilan di Sg Besar dan di Maidin Subangjaya. Pada September 2009 menyambung pengajian di Kolej Komoniti Telok Intan di bidang Animasi sehingga Mei 2011. Mengikuti praktikal selama 6 bulan mulai Julai 2010 hingga Disember 2011. Pada awal tahun 2011 sambung pengajian semester 3 dan berakhir pada Julai 2011. Pada 08 Ogos 2011 mula bekerja di bidang Photograf dengan Boss masa praktikal tempohari di Bangi Selangor.

NURLIYANA Binti ABDUL HALIM. (Anak ketiga).

Dilahirkan pada 30 Ogos 1993 di HDKP Negeri Sembilan. Memasuki alam Tadika pada tahun 1999. Bersekolah rendah di tahun 2000 hingga tahun 2005. Sekolah menengah tahun 2006 hingga 2010. Kini menunggu keputusan SPM dan tinggal di kampung Sg Besar Selangor dengan neneknya. Sementara itu Nana bekerja sebagai pembantu di kantin SMU Bagan Terap. Pada bulan Mac 2011 Ambil keputusan SPM.Di SMKSHK= 2A,2B,4C,1D, kemudian balik semula ke Selangor menyambur kerja di kantin SMU tersebut sehingga lah berhenti pada penghujung Mei 2011. Mulai Jun 2011 bekerja pula sebagai Pembantu Penyelia dan juga sebagai Guru TADIKA(Taska) di Bangi Selangor sehinggalah kini.

MUHAMAD SHAFIQ Bin ABDUL HALIM (Anak keempat).

Dilahirkan pada 16 Ogos 1996 di HDKP Negeri Sembilan. Masuk Tadika pada tahun 2002. Bersekolah rendah pada tahun 2003 hingga 2008. Bersekolah menengah SMKSHK pada tahun 2009 hingga Jun 2010. Berpindah ke sekolah Asrama SMK Lui Barat, sehingga di tingkatan 3. Pada 09 julai 2011 menerima sumbangan NetBook di Sekolahnya oleh kementerian Pelajaran Malaysia. Akan menduduki pepereksaan PMR pada Oktober 2011 ini. Mulai tahun 2012 masuk ke tingkatan 4 SMKSHK semula.

Alamat.

No 95, (F) Serting Hilir 04,

72120, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.

019-2870236(AhbA) atau 019-3984302(Kasmah)

Emel: ahbahalim@gmail.com

 

Edit terakhir: Wednesday, 08 August 2012.