SIRI BELAJAR KOMPUTER 03. 

 

 

 

MICROSOFT WORD.

Microsoft word ini adalah salah satu perisian Microsoft Office yang telah diprogramkan ke dalam komputer. Di sini saya menggunakan Microsoft Office XP. Ia lebih kurang sama juga dengan microsoft Office 2000, atau M-Office97 yang ada sebelum ini.

MicrosoftWord ialah satu perisian yang selalunya digunakan untuk kerja kerja penulisan. Terdapat banyak butang butang diatasnya untuk kemudahan kita mengendalikannya. Fungsinya hampir sama juga dengan window my document. Cuma ianya ditambah lagi dengan peralatan                                                                                                                                                                                                                                                                                               untuk menulis dan sebagainya. Kebanyakkan kemudahan peralatannya disertakan dengan butang icon icon kecil pada bar diatasnya. Apabila tetikus dihalakan ke icon tersebut, ianya menerangkan fungsi atau kegunaan nya. Berikut disenaraikan kegunaannya.

 

 

>    New Blank Document. Untuk mendapatkan helaian kertas baru.

>    Open. Untuk membuka lain lain files. Satu window kecil akan muncul dimana kita boleh memilih files apa dan dimana letaknya untuk kita membukanya.

>    Save. Untuk menyimpan kertas yang telah kita buat ini kedalam folder yang telah disediakan.

>    E-Mail. Untuk menjadikan kertas ini sebagai helaian e-mail yang hendak kita hantarkan.

>    Print preview. Untuk melihat kertas yang bakal di printer.

>    Print. Untuk mencetak kertas ini.

>    Cut. Untuk memotong mana mana bahagian didalam kertas ini untuk dibuang.

>    Copy. Untuk menyalin mana mana bahagian dalam kertas ini. Caranya klik dan seret perkataan atau ayat tersebut setakat mana yang di perlukan(mesti berubah warna) klik copy. Buka helaian dimana hendak meletakkan perkataan atau ayat tadi, seterusnya klik Paste.

>    Paste. Untuk meletak apa yang anda telah copy tadi.

>    Undo. Untuk mengambalikan ke aksi sebelumnya.

>    Cant Redo. Untuk mengembalikan ke aksi hadapan semula.

>    Spelling and Grammer. Untuk mempastikan ejaan dan ayat yang betul dalam bahasa Inggeris.

>    Columns. Untuk membahagikan kertas kepada beberapa bahagian. Secara menegak.

>    Insert hyperlink. Untuk membuat sambungan terus kemana mana files lain di dalam komputer. Selalunya di gunakan untuk helaian web.

>    Tables and Border. Untuk membuat beberapa kekotak di dalam kertas ini. Kita boleh membuat pilihan sendiri, berapa columns (ruang baris kebawah) dan Row (ruang baris melintang).juga boleh memadam garisan yang terlebih buat, boleh menambah kekotak, boleh bubuh warna, boleh menentukan size ketebalan garisan dan sebagainya.

>    Insert Table. Untuk mudah membuat kekotak di dalam kertas ini.

>    Drawing. Sangat berguna untuk menambahkan lagi lukisan lukisan di kertas ini. Apabila drawing ini di buka, satu bar menunjukkan peralatannya akan muncul di sebelah bawah helaian ini. Di antaranya, OutoShapes, untuk pelbagai pilihan bentuk. Line, untuk buat garisan lurus. Arrow, untuk garisan berpanah. Rectangle. Untuk membuat empat segi. Oval, untuk membuat bulatan. Text Box, kekotak untuk mengisi tulisan. Insert WordArt, untuk membuat tulisan yang cantik(banyak pilihan) Insert Clip Art, untuk memasukkan gambar. Fill Colour, untuk warna kotak. Line Colour, untuk warna garisan. Font colour, untuk warna tulisan Line style, untuk ketebalan tulisan Dash style, untuk gaya garisan.Arrow style, bentuk garisan berpanah. Shadow, untuk bayang-bayang sesuatu objek atau gambar yang diletakkan. 3D untuk rekaan yang lebih canggih. dan lain lain.

SEKIRANYA BAR DRAWING TIDAK TIDAK TERDAPAT DI BAR DI BAWAH. ANDA TUNJUK TETIKUS DI RUANG KOSONG BAR DI ATAS (Kosong di sebelah butang Help). KLIK KANAN TETIKUS, AKAN TIMBUL SENARAI. PILIH - DRAWING, KLIK PADA DRAWING.  PASTIKAN IA BERTANDA RAIT. KALAU KLIK SEKALI LAGI, DRAWING AKAN HILANG. BANYAK LAGI PILIHAN LAIN TERDAPAT DI SITU.

>    Style. Untuk bentuk  tulisan.

>    Font. Untuk memilih jenis tulisan.

>    Font Size. Untuk membesar atau mengecilkan tulisan.

>    Bold. Untuk menebalkan tulisan.

>    Italic. Untuk mencondongkan tulisan.

>    Underline. Untuk membuat garisan dibawah tulisan.

>    Align Left. Untuk membentuk tulisan karangan di sebelah kiri sahaja.

>    Center. Untuk membentuk tulisan karangan di tengah tengah.

>    Align Right. Untuk membentuk tulisan karangan di sebelah kanan saja.

>    Justify. Untuk membentuk tulisan karangan sama rata pada sisi kiri dan kanannya.

>    Numbering. Untuk mewujudkan nombor secara outomatik bila kita membuat senarai bernombor.

>    Bullets. Untuk mewujudkan tanda, titik, sempang atau sebagainya bila membuat senarai.

>    Highlight. Untuk mewarnakan satu satu perkataan atau ayat.

>    Font Colour. Untuk memilih warna tulisan.

>    Language. Untuk memilih bahasa tulisan yang kita gunakan.

1.      Increase Indent. Untuk membuat jarak perenggan memulakan tulisan.

>    Dan banyak lagi kemudahan lain yang terdapat di sini.

 

Lain-lain kemudahan dan keperluan.

 

>    File Save as. Setelah kita siap melakukan kerja di dalam apa jua files (program), kita perlu menyimpannya. Caranya klik File, pilih Save as [tentukan nama yang sesuai (pada kekotak File name)dan dimana kita hendak menyimpanya(pada kekotak ‘save in’)] setelah pasti klik save. Kita juga boleh menentukan dalam bentuk apa files tersebut di simpan dengan memilihnya sendiri di ruang ‘Save as type’. Atau boleh juga tekan F12 pada papan kekunci. Sekiranya nama dan tempat files itu disimpan telah dibuat lebih dahulu, kita hanya kilk ‘save’ sahaja.

>    File Save is Web Page. Untuk menjadikan kertas(helaian) ini sebagai kertas web. Untuk melihat contohnya klik Web Page Preview.

>    File Page Setup. Untuk menentukan sais kertas yang kita gunakan. Klik Page setup, pilih margin, kita boleh mengubahsuai ruang atas, bawah, kiri dan kanan kertas tersebut.  Untuk mendapatkan kertas melintang (lebar kiri kanan), klik Page Setup, pilih Paper Size dan pilih Landscape. Kertas bujur biasa ialah Portrait. Untuk menentukan sais yang telah tersedia kita boleh pilih mengikut yang tersenarai pada papersize disitu.

>    View Zoom. Untuk membesar atau mengecilkan pandangan pada screen. Klik View, pilih zoom. Kita boleh tentukan berapa % yang kita mahu.

>    View Ruler. Ukuran pembaris (sukatan inci) yang terdapat di atas dan dikiri helaian yang kita buat.

>    Insert Date and Time. Untuk memasukkan tarikh dan masa, klik Insert, pilih Date and Time (pilih lah yang tersenarai). Contohnya tarikh helaian ini di taip pada Isnin, 05 Mac 2007. Sekiranya inginkan tarikh yang berubah setiap kali kita membuka helaian ini, klik pada Update automatikcally. Tarikh ini mengikut hari bila anda membukanya. Sekiranya tidak bertanda, tarikh ini tidak akan berubah. Untuk mendapatkan tarikh dalam bahasa malaysia, pastikan terlebih dahulu kita memilih bahasa ‘Malay’ pada Language diBar diatas pada awal penulisan lagi..

>          Insert picture. Untuk memasukkan gambar secara terus. Klik Insert, pilih Picture. Terdapat pelbagai pilihan samaada dari Clip Art (gambar yang  telah siap sedia ada di prorgram Microsoft Word} atau dari From File dimana kita telah meyimpannya sendiri terlebih dahulu di dalam folder My Picture contohnya. Atau gambar dari Scenner atau Camera.

 

            Untuk meletakkan gambar pada tempat tertentu, klik Rectangle pada bar Drawing di bawah. Arahkan point tetikus dimana hendak meletaknya, tekan kiri dan seret serong kebawah. Satu kotak empat segi akan muncul. Klik butang kecil disebelah Fill Colour pada  bar Drawing dibawah. Pilih dan klik Fill Effects, klik Picture, klik Select Picture, selalunya tetingkap Folder My Picture akan muncul, dan

kita perlu mencari dan memilihnya sendiri.sesudah jumpa klik Insert.  Untuk membuat bebayang klik Shadow. untuk

membuat gambaran yang lebih menarik, klik butang 3-D pada bar drawing di bawah.

 

 

>    Insert Hyperlink. Sekiranya kita ingin mejadikan helaian ini sebagai web page. Hyperlink sangat berguna untuk membuat sambungan kepada helaian lain. Ianya boleh dibuat dengan menggunakan, satu perkataan, sebaris ayat atau sekeping gambar atau apa saya yang tertera di helaian. Untuk membuat sambungan pada perkataan atau ayat, kita perlu klik dan seret (mesti berubah warna), kemudian klik kanan tetikus, pilih Hyperlink, atau klik insert hyperlink diatas atau klik logo hyperlink diatas. Bila window hyperlink terbuka kita perlu mencarinya melalui Browse for, files yang mana satu ingin kita sambungkan.. Taipkan perkataan yang sesuai pada Screen Tip, sudah siap klik OK. Kalau gambar yang ingin di buat sambungan, klik kanan pada gambar tersebut, pilih hyperlink, caranya sama seperti di atas....

>    Format Font. Klik Format, pilih Font untuk mendapatkan bentuk, rupa dan sais tulisan yang lebih creatif. Anda juga boleh memilih Text Effects untuk latar belakang tulisan. Contohnya.sparkle Tex’.   Contoh Blingking Background.

>    Format Background. Untuk membuat latar belakang, klik Format, pilih Background. Di situ terdapat pelbagai warna pilihan. Anda boleh juga klik Fill Effects. Terdapat 4 pilihan, Gradient untuk gabungan warna dan bentuk. Texture untuk corak berbunga warna penuh. Pattern untuk corak garis garis pelbagai rupa dan warna yang boleh anda pilih sendiri. Picture untuk latar belakang gambar yang kita sendiri telah simpan di dalam My Picture. Latar belakang ini hanya sesuai untuk helaian Web.

>    Format Border.  Untuk membuat border atau bingkai di helaian anda klik Format, pilih Border and Shading. Klik pula Page Border, klik Box dan anda boleh pilih pelbagai corak terdapat pada kekotak Art yang tersedia. Walau bagaimana pun border ini tidak dapat di buat pada helaian Web. Ia hanya untuk helaian Word Document sahaja.

>    Format Drop Cap. Untuk membuat huruf bersais besar pada permulaan ayat yang anda taip.

>    Format Theme.  Untuk membuat helaian yang sudah siap sedia latar belakang, jenis tulisan dan perubahan warna hyperlink. Anda boleh pilih yang mana satu dan ianya sesuai untuk helaian web.

>    Format Frame. Untuk membahagikan helaian anda klik Format, pilih Frame dan klik pada New Frames Page. Pilihlah mana yang sesuai. Frame ini pun sesuai hanya untuk helaian web sahaja.

>    Window.  Klik New Window untuk membuat satu lagi helaian window yang sama dengan helaian ini. Klik Arrange All untuk menayangkan semua helaian Window yang telah anda buka serentak di screen. Klik Split untuk membahagi 2 helaian window yang sama pada screen.

>    Help. Sekiranya ada masaallah yang tidak dapat anda selesaikan, anda boleh meminta bantuan Help. Boleh juga gunakan F1 pada papan kekunci. Tapi semua keterangannya hanya dalam bahasa inggeris sahaja.

 

 

          Setiap kali kita membuka perisian Microsoft Word, Excel atau pun Power Point, satu logo (kartun clippit) akan muncul. Sekiranya ia mengganggu kerja anda, anda boleh tekan dan seret ianya ketempat lain.Untuk menghilangkan klik kanan pada logo katun tersebut, pilih Hide. Untuk menimbulkannya semula klik Help pada bar di atas kemudian klik Microsoft Word help. Untuk menukar logo Clippit ini lain logo, seperti, The Dot, F1, Office Logo, Merlin, Link atau Rocky  klik kanan tetikus pada logo tersebut, klik Options, klik Gallery, klik butang Back atau Next untuk mendapatkan pilihan, seterusnya OK.

 

           Beberapa persamaan yang boleh kita gunakan pada papan kekunci seperti berikut.

 

 

New ………………..Ctrl + N.

Open ………….……Ctrl +  0.

Save …………..…….Ctrl + S.

Save As………………….F 12.

Close / Exit…………Alt +  F4.

Print ……………..….Ctrl + P.

Can’t Undo……….....ctrl  + Z

Can’t Repeat…..…….ctrl + Y

Cut …………….……ctrl + X

Copy ……………….ctrl + C.

Paste ………….…….ctrl + V

Clear …………………….Del

Select All …………..ctrl + A

Find …………….…..ctrl + F

Reflace …………….ctrl + H.

Go To…………….…ctrl + G

Hyperlink ……….….ctrl + K

Spelling and grammer….  F 7.

Help …………………….F 1.

What’s this…… Shift + F 1.

Duplicate …………....ctrl + D

Find and Replace…..……F 5.

New slide……………ctrl + M

Macros …………....Alt + F 8.

Visual Basic Editor…Alt + F 11.

Save...............………ctrl + W

Tulisan condong…..……..ctrl + 1

Tulisan tepi kiri .…ctrl + Q

Tulisan sama sisi ……………ctrl  + J.

Tulisan tepi kanan ….……ctrl + R.

Text …………….…..ctrl + T.

Tulisan tebal………....ctrl + B

Ubah mula tulisan…….…….ctrl + M

Garis di bawah tulisan.... ctrl + U

 

 

Sebelumnya My Document.                            Seterusnya  Microsoft Excel.

 

 Di sediakan sendiri oleh AhbA.