SIRI BELAJAR KOMPUTER 09.

 

 

E-MAIL. BERASASKAN WEB.

 

       E-Mel merupakan aplikasi yang paling luas digunakan di internet.  Ianya amat murah, mudah dan cepat untuk berhubung dengan kawan-kawan atau keluarga di mana saja di dunia ini.  Kalau anda ada memiliki komputer sendiri, Sudah daftar talian internet, sudah ada emel dari Tm.Net, tidak salah dan anda juga perlu mencipta lagi emel yang berasaskan Web. Bagi mereka yang tidak ada komputer sendiri, e-mel juga boleh anda cipta, ia itu emel yang berasaskan web, dengan cara pergi ke CC (cyber Cape), anda boleh mendaftarnya sendiri. Di bawah ini akan saya terangkan bagaimana nak cipta e mel berasaskan web.

       Ada banyak siver yang memberikan perkhidmatan emel secara percuma untuk anda.  Seperti HotMail, Yahoo, Cari dan lain-lain. Berikutnya saya senaraikan E-Mel percuma yang saya ketahui serta alamatnya.

 

 

HOTMAIL

http://lc2.law5.hotmail.passport.com/cgi-bin/login

YAHOO

http://mail.yahoo.com/

CATCHA

http://pass.catcha.com/cgi-bin/login.cgi

EPEDOMAN

http://www.epedoman.com.sg/

IGALAKSI

http://saturn.igalaksi.com/cgi-bin/cikgunet/members.cgi?tool=email

LYCOS.

http://login.mail.lycos.com/

PUTERA

http://www.putera.com/

SKALI

http://mail.skali.com/

COMICCENTRAL

http://webmail.comiccentral.com/

LYCOSASIA

http://contact.lycosasia.com/

DOTMY

http://www.dotmy.com.my/webmail/

ANJUNGCAFE

http://www.anjungcafe.com/mail/

KOMPAS

http://webmail.kompas.com/

BLUEHYPPO

http://www.bluehyppo.com/ServicesServlet?srv=mail&username=anonymous

EXCITE

http://registration.excite.com/excitereg/login.jsp?ref=email&return_url=http://e25.email.excite.com

MASJID

http://email.mymasjid.com.my/email/scripts/loginuser.pl

 

 

 

 

 

 

MEMBUAT E-MEL HOT MAIL (MSN).

 

      Sambungkan komputer anda ke Internet.  Buka laman HotMail seperti alamat diatas. Klik pada New Account Sign Up.  Akan keluar satu halaman berupa borang  Registration yang perlu ada isikan.. 

 

-   First name;  taipkan nama awal anda. Boleh juga nama samaran.

-   Last name;  taipkan nama akhir anda.

-   Language; pilihlah English.

-   Country/Region; boleh pilih Malaysia (kiranya anda tinggal di Malaysia)

-   State; pilih bandar di Malaysia.

-   Zip code; poskod alamat anda.

-   Gender; male(lelaki). Famale (perempuan)

-   Birth Date; taipkan tarikh lahir anda ia itu bulan, hari dan tahun.

-   Occupation; pilih lah pekerjaan anda yang tersenarai. Tak betul pun tak apa.

 

Ø      E-mail Address; taipkan nama samaran anda yang agak pelik, yang anda fikirkan tak munkin ada nama orang lain yang serupa.kalau serupa anda akan disuruh menciptanya lagi, sehingga tidak ada nama yang serupa di dalam hotmail di seluruh dunia. Pastikan kesemua nya di taip huruf kecil dan tidak boleh dijarakkan. Contohnya nama anda Shamsuddin. Anda boleh gunakan sham2003, atau suddin86us, tak kiralah apa saja yang anda suka. Menggabungkan nombor didepan atau belakang bertujuan membezakan username anda sahaja dengan orang lain. Apabila permohonan anda di terima, username inilah yang menjadi alamat e-mel anda, ia itu seperti contoh tadi, sham2003@hotmail.com   atau suddin86us@hotmail.com .

Ø      Password; ialah kata kunci untuk anda membuka peti emel anda. Taipkan apa sahaja huruf atau nombor atau gabungan kedua duanya tidak kurang dari 6 abjad. Pastikan hanya huruf kecil sahaja digunakan. Contohnya  kru6325 atau 45zaba54 atau apa sahaja yang anda inginkan. Yang paling penting anda mesti ingat didalam kepala anda nombor/huruf password ini. Kalau terlupa anda tidak akan dapat membuka peti e-mel anda. Dan juga jangan beri password anda pada orang lain. Nanti orang lain boleh membuka peti emel anda.  Password yang anda taip hanya akan bertanda ****** sahaja. Itu sebablah anda perlu ingat dan orang lain tak boleh tahu.

Ø      Retype; taip ulang sekali lagi password anda.

Ø      Secret Question;  pilihlah mana satu soalan yang anda faham.

Ø      Secret Answer; perlu anda jawap soalan itu, tak kiralah bahasa melayu pun boleh.

Ø      Registration Cheak. Anda perlu menaip semula apa apa huruf atau nombor yang tertera di situ dalam keadaan kurang jelas, di ruang yang disediakan. Taip dengan betul. Contoh di situ ialah HKCKPKC5. Benda ini berubah ubah dari masa kesemasa.

 

Seterusnya tandakan rait pada Share my e-mail address. Dan seterusnya klik I Agree.  Sekiranya ada kesalahan yang anda lakukan sewaktu mengisi borang tadi, siver akan menyuruh anda membetulkannya semula, sehinggalah anda di terima. Dan bila sudah berjaya anda akan diberikan satu alamat emel anda yang sah. Lain lain perkara yang berkaitan siver akan terus menghantar kepada anda melalui e-mel anda. Dan anda pun sudah boleh memulakan penggunaaan e-mel anda.

 

MEMBUKA LAMAN HOTMAIL ANDA.

   Ada beberapa cara untuk anda membuka laman hotmail anda. Sambungkan komputer anda pada internet.

v     Klik terus pada alamat:  http://lc2.law5.hotmail.passport.com/cgi-bin/login

v     Klik (buka) laman MSN. www.msn.com . di laman tersebut carilah Hot Mail dan klik disitu.

 

    Apabila laman hotmail telah terbuka. Taipkan E-mail Address  anda dan password anda pada ruang yang disediakan. Klik Sign In.

Apabila berjaya, anda akan terus dibawa ke ruang Home. Disini anda boleh mengetahui berapa jumlah emel yang anda terima hari ini. Anda juga boleh mengetahui berapa % ruang yang masih ada. Dari sini juga ada boleh melakukan beberapa perkara lain di antaranya:-

 

 

LAIN LAIN EMEL BERASAS WEB.

         Selain dari HotMail ada banyak lagi siver yang memberikan emel secara percuma untuk anda, seperti yang terdapat pada alamat alamat yang telah saya paparkan diatas. Caranya hampir sama sahaja kesemuanya. Cuma munkin yang berbeza ialah latar belakang, corak persembahan dan kedudukan butang-butang pengendaliannya. Jadi disini tak perlulah saya terangkan kesemuanya. Anda boleh mencubanya sendiri. InsyaALLAH.

 

 

Sebelum nya; Launch Outlook Express.                   Seterusnya; Membena laman Web

 

Di sediakan sendiri oleh AhbA.