99 NAMA-NAMA TUHAN & FADHILATNYA
AR-RAHMAN
: Yang Dermawan - Pemberi rahmat dan kemakmuran kepada makhluknya tanpa
perbezaan .
Fadhilat-nya : Sesiapa menyebut namaNya 100 kali selepas sembahyang fardhu,
insyaALLAH akan mempunyai ingatan baik, fiikiran tegas serta murah hati .
AR-RAHIM :
Yang Pengampun -Terutama kepada mereka yang menggunakan hadiah-hadiah sebagai
kehendak Tuhan yang maha pengampun dihari kemudian .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali selepas fajar, insyaAllah akan
menemui orang-orang yang baik hati .
AL-MALIK :
Maharaja Teragung - Ialah Raja yang paling agung diseluruh dunia .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaAllah akan
dihormati dengan sebaik-baiknya oleh orang lain .
AL-QUDDIS
: Yang Suci - Ia bebas dari segala kesilapan,kelupaan dan tidak keupayaan atau
kurang kesempurnaan,
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali setiap hari , insyaAllah akan
bebas daripada kebimbangan .
AS-SALAM :
Punca Keamanan - Dialah penyelamat hamba-hamba -Nya dari bahaya serta rintangan
serta memberi tahniah kepada mereka yang di dalam syurga .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 160 kali berulang-ulang ditempat orang
yang sakit,boleh membantu mengurangkan kesakitan dan insyaALLAH dengan
pertolongan-Nya dapat menyembuhkan si pesakit.
AL-MU'MIN
: Wali Kepercayaan -Barang siapa menempatkan kepercayaan pada
hamba-Nya,peliharalah mereka yang mencari perlindungan pada-Nya , kemudian
berikanlah ketenteraman .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali, insyaALLAH akan
jauh dari bahaya .
AL-MUHAYMIN : Penjaga - Ialah menjaga dan memerhatikan segala harta benda .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang selepas mengambil air
sembahyang , insyaAllah cahaya perasaan mereka akan bersinar .
AL'AZIZ :
Maha Perkasa - Ialah yang tak dapat ditaklukkan .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali selepas fajar
menyinsing selama 40 hari , insyaALLAH akan bebas daripada bantuan orang lain.
AL-JABBAR
: Pemaksa - Ia memperbaiki serta menyelesaikan yang belum lengkap dan mempunyai
kebolehan dan menyuruh dengan kekerasan atas diri mereka supaya melakukan
mengikut kehendak-Nya .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , tidak akan berbuat
sesuatu yang ditegah dirinya , ataupun terdedah oleh bahaya , kesukaran mahupun
kekerasan .
AL-MUTAKABBIR :Yang Mulia - Ia menunjukkan kebesaran- Nya sebelum bersetubuh dengan isterinya , insyaALLAH Allah akan menganugerahkan olehnya anak yang salih.
AL-KHALIQ :Pembuat - Ia yang menjadikan segala-galanya tanpa sesuatu apa pun dan tahu pula apa akan terjadi keatas semuanya .
AL-BARI' :Penjadi -Ia menjadikan segala-galanya sempurna .
AL-MUSAWWIR :Pereka - Ia reka segala-galanya .
Fadhilatnya :Jika seseorang ibu atau bakal ibu hendak melahirkan anak tetapi
tiada berdaya , hendaklah ia berpuasa selama 7 hari , dan sewaktu berbuka
hendaklah ia menyebut YA-KHALIQ,YA-BARI',YA-MUSSAWIR (pembuat , penjadi dan
pereka ) sebanyak tiga kali sebelum ia meminum air . InsyaALLAH permintaannya
akan dikabulkan .
AL-GHAFFAR
:Pengampun - Ia sangat pengampun .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang tiga kali , insyaALLAH
akan diampunkan dosa yang telah dilakukannya .
AL-QAHHAR
:Penakluk - Ia berjaya dan berkuasa menurut dan menakluk kehendaknya .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , insyaALLAH akan
mengatasi kehendaknya , dan akan mengalami jiwa yang tenang serta bebas dari
segala perbuatan maksiat yang dilakukan oleh orang lain .
AL-WAHHAB :Penganugerah - Ia sentiasa
menganugerah hamba-hambaNya .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali insyaALLAH akan
dimurahkan rezeki .
AL-FATTAH :Pembuka - Ia memberi
penyelesaian kepada kemushkilan atau masalah serta mengurangkan rintangan .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , InsyaALLAH akan
terbuka hatinya untuk berjaya .
AL-'ALIM
:Yang Maha Mengetahui - Ia mengetahui segala-galanya.
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , InsyaALLAH akan
bersinar hatinya dengan cahaya suci .
AL-QABID
:Pengekang - Ia mengekang .
Fadhilatnya :Sesiapa menulis nama-Nya pada lima puluh jenis makanan atau
buah-buahan sepanjang 40 hari , insyaALLAH ia tidak akan kebuluran .
AL-BASIT
:Pembesar - Ia berkuasa membesarkan .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali sewaktu fajar dengan
mendedahkan kedua-dua tapak tangannya keatas dan kemudiannya menyapu tapak
tangan kemukaNya , insyaALLAH ia tidak akan perlukan bantuan orang lain .
AL-KHAFID
:Perendah diri - Yang mengurangkan .
Fadhilatnya :Sesiapa yang berkuasa selama tiga hari , hendaklah menyebut
nama-Nya pada hari keempat sebanyak 70,000 kali ,
insyaALLAH ia akan dipelihara daripa musuhnya .
AR-RAFI'
:Peninggi - Yang meninggikan .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang kali pada waktu
siang dan malam,insyaALLAH Allah akan meninggikan martabatnya , kekayaannya
serta darjatnya .
AL-MU'IZZ
:Penghormat - Ia mashyur serta mulia dan dihormati oleh sesiapa jua pun.
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 140 kali selepas sembahyang isya' setiap
hari isnin dan jumaat , insyaALLAH Allah akan menjadikan ianya dihormati oleh
orang lain .
AL-MUZILL
:Penguji -Ia akan menjatuhkan seseorang kelembah kehinaan.
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 75 kali berulang-ulang , insyaALLAH akan
terjatuh daripada aniaya orang-orang yang dengki kepadanya.Allah akan
memeliharanya .
AS-SAMI'
:Maha Mendengar - Ia mendengar segala-galanya .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang tanpa bercakap
dengan sesiapapun pada hari khamis selepas
sembahyang zohor ( tengah hari ) , insyaALLAH Allah akan mengkhabulkan apa
sahaja kehendaknya .
AL-BASIR
:Yang Maha Melihat - Ia melihat segala-galanya .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang antara sembahyang
fardhu dan yang pertama setelah sembahyang Jumaat , InsyaALLAH Allah akan
menjadikan dirinya mulia dikhalayak ramai .
AL-HAKKAM :Ia mengadili serta memberikan sesuatu dengan sepatutnya.
AL-'ADL
:Pengadil - Sesungguhnya adil .
Fadhilatnya :Jika sesiapa menulis nama-Nya pada malam jumaat pada sekeping roti
dan memakannya, insyaALLAH orang akan
mengikut kehendaknya .
AL-LATIF
:Pelemah Lembut - Ia mengetahui apa sahaja erti yang lembut serta menjadikan
segala-galanya yang lembut atau halus walaupun tidak diketahui manusia . Ia
memberi kebahagiaan sehalus-halusnya kepada manusia .
Fadhilatnya :Jika seseorang ditimpa kemiskinan dan keseorangan , sebutlah
nama-Nya 100 kali selepas dua rakaat selepas sembahyang (tambahan),insyaALLAH
niatnya akan dikabulkan .
AL-KHABIR
:Maha Mengetahui - Ia mengetahui apa sahaja yang sulit dan maksud atau tujuannya
.
Fadhilatnya :Sesiapa mempunyai kebiasaan yang tidak baik dan tidak disukainya
pula , sebutlah nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH kebiasaan itu akan
ditinggalkannya kemudian .
AL-HALIM
:Penyabar - Ianya berkuasa .
Fadhilatnya :Apabila seseorang menulis nama-Nya atas kertas , setelah itu
menanamkannya ke dalam tanah di mana sebutir benih ditanam , insyaALLAH bahaya
atau malapetaka tidak akan menimpa .
AL- 'AZIM
:Yang Maha Besar - Ia mulia .
Fadhilatnya :Mereka yang menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan
dihormati .
AL-GHAFUR
:Maha Pengampun - Ia mengampuni semua hambaNya .
Fadhilatnya :Sesiapa dihidapi penyakit kepala , demam atau dukacita , sebutlah
nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan
sembuh
.
ASH-SHAKUR
:Yang Bersyukur - Sesiapa yang bersyukur akan diberi hadiah kerana jasa untukNya
.
Fadhilatnya :Sesiapa berasa hatinya berat dan kemudian menyebut nama-Nya 41 kali
, diikuti dengan bernafas ke dalam gelas berisi
air
dan membasuh mukanya , insyaALLAH hatinya akan menjadi lapang atau lega .
AL-'ALI
:Yang Termulia - Ianya yang paling mulia .
Fadhilatnya :Sesiapa mempunyai keyakinan yang lemah tetapi menyebut nama-Nya
berulang-ulang , insyaALLAH keyakinannya akan teguh .
AL-KABIR
:Yang Maha Besar - Ialah yang paling besar .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali setiap hari , insyaALLAH ia akan
memperolehi kemuliaan.
AL-HAFIZ
:Pemelihara - Ia memelihara segala-galanya serba lengkap dan pada suatu ketika
menghindarkannya dari kehilangan dan malapetaka .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 16 kali sehari insya ALLAH ia akan
diselamatkan dari malapetaka.
AL-MUQIT
:Penjaga - Ia menjaga .
Fadhilatnya :Sesiapa mempunyai anak yang kurang sopan , menyebut nama-Nya.
AL-HASIB
:Maha Penghitung - Ia mengetahui apa sahaja sebenarnya berkenaan perniagaan
seseorang sepanjang hayat .
Fadhilatnya :Apabila seseorang takut dirompak,maupun akibat dengki musuhnya ,
mulakan menyebut ...........atau membaca
nama-Nya 70 kali pada hari khamis - siang atau malam . Bila tiba hari ke 71
sebutlah bahawa Allah Maha Penghitung atau Habiyallah-ul-Hasib.InsyaALLAH ia
akan selamat.
AL-JALIL
:Maha Tinggi - Ianya maha kaya serba berkuasa .
Fadhilatnya :Sesiapa menulis nama-Nya pada kertas dengan membubuh kasturi dan
kunyit , kemudian membasuhnya dan akhirnya meminum air tersebut dari sebuah
tembikar , insyaALLAH ia akan dimuliakan oleh manusia .
AL-KARIM
:Yang Maha Pemurah - Ianya sangat pemurah .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH ia akan
menerima kemuliaan di dunia serta akhirat.
AR-RAQIB :Maha Waspada - Ianya memperhatikan apa jua hamba-hambaNya lakukan di dunia ini .
AL-MUJIB
:Maha Pengkabul - Ianya pengkabul bagi segala keperluan manusia .
Fadhilatnya :Sesiapa memohon kepadaNya , insyaALLAH niatnya akan dikabulkan .
AL-WASI'
:Yang Menyeluruh - Ia mempunyai kuasa yang tiada terbatas.
Fadhilatnya :Andainya seseorang mengalami kesukaran mencari mata pencarian ,
sebutlah nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH ia akan menerimanya bagi keperluan
hidupnya yang lebih baik .
AL-HAKIM
:Yang Bijaksana - Ia mempunyai kebijaksanaan dalam segala masalah .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya terus menerus (dari masa ke
masa),insyaALLAH ia tidak akan menemui kesukaran dalam pekerjaannya .
AL-WADUD
:Yang Maha Penyayang - Ia menyayangi mereka yang berbuat baik dan akan
menganugerahkan belas kasihan-Nya kelak .
Fadhilatnya :Andainya dua orang bergaduh , sementara seorang daripadanya
menyebut nama-Nya 1,000 kali di atas makanan
yang
telah tersedia dan dimakan pula oleh temannya itu , insyaALLAH pertikaian antara
mereka akan selesai .
AL-MAJID
:Yang Maha Mulia - Ianya sangat mulia .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan menerima
kebahagiaan .
AL-BA'ITH
:Pembangkit Semula - Dialah yang memberi penghidupan kepada semua makhluk dihari
pengadilan .
Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya akan mempunyai perasaan takut dan
hormat terhadap ALLAH .
ASH-SHAHID
:Saksi - Dia yang berada dimana-mana dan mengawasi segala-galanya.
Fadhilatnya :Sesiapa yang mempunyai anak yang degil dan mengulangi nama-Nya
kepada anak itu , insyaALLAH anak itu
akan
menurut perintah .
AL-HAQQA :Kebenaran - KeujudanNya
tiada perubahan .
Fadhilatnya :Jika seseorang hilang sesuatu dan mengulang nama-Nya insyaALLAH dia
akan jumpa apa yang telah hilang .
AL-WAKIL
:Wali - Dia menyediakan segala-galanya untuk mengatasi segala masalah dengan
cara baik .
Fadhilatnya :Sesiapa yang takutkan mati lemas , hangus dalam api atau bahaya
yang serupa dan mengulangi nama-Nya berterus-terusan ,dari masa kesemasa ,
insyaALLAH akan berada dibawah perlindungan ALLAH .
AL-QAWI
:Paling Kuat - Dia yang terkuat .
Fadhilatnya :Sesiapa yang tidak boleh mengalahkan musuhnya , tetapi mengulangi
nama-Nya dengan niat tidak mahu dicederakan,
insyaALLAH akan bebas dari kecederaan musuhnya .
AL-MATIN
:Teguh - Dia berkuasa dan teguh , tidak ada kuasa yang boleh menghumbankanNya .
Fadhilatnya :Jika seseorang mempunyai kesusahan dan mengulangi nama-Nya ,
insyaALLAH kesusahannya akan lenyap .
AL-WALI
:Pelindung - Dia adalah sahabat hamba-hambaNya yang adil .
Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya,insyaALLAH mungkin menjadi seorang
waliullah .
AL-HAMID
:Pujian - Hanya dia seorang yang patut dipuji dan dimuliakan serta diberi
penghargaan oleh semua makhluk .
Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya ,insyaALLAH akan disayangi dan
dipuji .
AL-MUHSI
:Penghitung - Dia mengetahui angka segala benda walaupun tidak boleh dikira dan
dia mengetahui tiap-tiap satu
darinya .
Fadhilatnya :Sesiapa yang takut di soal di hari pengadilan , dan mengulangi
nama-Nya 1,000 kali , insyaALLAH akan mempunyai kemudahan .
AL-MUBDI
:Pengasal - Dia yang telah mencipta semua makhluk untuk pertama kali bukan dari
apa-apa dan tanpa sebarang contoh .
Fadhilatnya :Sesiapa yang menyebut nama-Nya berulang-ulang dan dihembuskan ibu
yang mengandung yang takutkan keguguran , insyaALLAH ibu itu akan bebas dari
bahaya .
AL-MU'ID
:Pemulih - Dialah yang menghidupkan semula semua makhluk.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 70 kali berulang-ulang untuk seseorang
yang jauh dari keluarganya , insyaALLAH orang
itu
akan pulang dengan selamat .
AL-MUHYI :Pemberi Kehidupan - Dialah yang memberi kehidupan dan kesihatan
Fadhilatnya : Jika seseorang mempunyai satu bebanan yang berat dan mengulangi nama-Nya 7 kali setiap hari , insyaALLAH bebanannya akan dikurangkan .
AL-MIMUT
:Pencipta Kematian - Dialah yang mencipta kematian .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan
memusnahkan niat musuhnya .
AL-HAYY
:Hidup - Dialah yang mengetahui segala-galanya dan kekuatannya .
Fadhilatnya : Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH akan mempunyai umur
yang panjang .
AL-QAYYUM
:Hidup Sendiri -Dialah yang memegang seluruh alam semesta .
Fadhilatnya : Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH tidak akan tewas
dalam kelalaian .
AL-WAJID
:Penemu - Dialah yang dapat apa jua yang dikehendaki dalam keinginannya.
Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH akan memiliki
kemuliaan hati .
AL-MAJID
:Berhati Mulia - Dialah yang mulia hatinya , yang membuat kebajikan dan dermawan
.
Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH akan diterangkan
hatinya .
AL-WAHID
:Yang Maha Istimewa - Ianya tunggal dalam segala tindakanNya , tidak ada
berteman atau bersifat yang sama
dengan
sesiapa pun , bahkan perawakan dan perintah .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang seorang diri ditempat
sunyi , insyaALLAH akan bebas daripada
ketakutan serta kebingunan .
AL-AHAD : Yang Tunggal .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , insyaALLAH Allah
akan memberi kehendaknya yang mana ia tidak akan perlukan bantuan orang lain .
AS-SAMAD :
Yang Berkekalan - Ianya adalah tunggal bagi sesiapa memohon sesuatu yang penting
diselesaikan ataupun sebarang masalah yang harus dihapuskan.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH Allah akan
memberi kehendaknya dan yang mana ia tidak mahukan bantuan orang lain .
AL-QADIR
:Sentiasa Sanggup - Ia sentiasa sanggup melakukan apa sahaja kehendakNya .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH harus sedar
akan kebenaran .
AL-MUQTADIR :Berkuasa - Dialah yang lebih berkuasa dari segala makhlukNya .
Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH ia menyedari
kebenarannya .
AL-MUQADDIM : Maha Penyelenggaran .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya di medan perang mahupun didalam
ketakutan kerana bersendirian oleh sebab ganjilnya keadaan sekeliling ,
insyaALLAH bahaya tidak akan menimpa dirinya .
AL-MU'AKHKHIR : Maha Penagguh - Ianya menangguhkan apa sahaja yang
dikehendakiNya .
Fadilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali di dalam hati setiap hari ,
insyaALLAH hanya ketaatan kepada Allah sentiasa kekal . Ketaatan kepada yang
lain tidak mempengaruhinya .
AL-AWWAL :
Pengawal .
Fadhilatnya : Sesiapa sahaja berkehendakkan anak ataupun mahu bersama-sama
dengan seseorang dalam perjalanan , ia harus menyebut nama-Nya 1,000 kali dalam
masa 40 jumaat .
AL-AKHIR :
Yang Akhir .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan
mengalami hidup yang sempurna dan matinya pun sedemikian pula.
AZ-ZAHIR :
Penzahir .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 15 kali selepas sembahyang jumaat ,
insyaALLAH nur atau cahaya akan menyinari hatinya .
AL-BATIN :
Pembatin .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 3 kali setiap hari , insyaALLAH akan
dapat mengetahui kebenaran segala-galanya .
AL-WALI :
Wali atau Pemerintah .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , kemudian menghembuskan
nafasnya ke dalam rumahnya , insyaALLAH keselamatan rumahnya akan terpelihara .
AL-MUTA'ALI : Yang Teramat Mulia - Ianya yang termulia dalam sebarang tindakan ,cara atau keadaan , bahkan fikiran seorang manusia . Ianya adalah yang paling tinggi.
AL-BARRA :
Sumber Segala Kebaikan - Sesiapa yang penyabar terhadap hambaNya, haiwan dan
segala binatang-binatang , tentulah baik kepada semuanya .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya kepada anak-anaknya, insyaALLAH ia akan
dijauhkan daripada kemalangan .
AT-TAWWAB
: Penerima Ketaubatan .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH taubatnya
akan diterima .
AL-MUNTAQIM : Penghukum - Ia menghukum mereka yang bersalah.
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan
menakluki musuh-musuhnya .
AL-'AFUW
:Pengampun - Ia sangat pengampun kepada mereka yang taubat , seolah-olah mereka
tidak berdosa .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH segala
dosanya akan diampunkan .
AR-RA'UF :
Maha Pengasih dan Penyayang - Ianya sungguh pengasih dan penyayang.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan
dikasihi Allah .
MALIK-UL-MULK : Pemilik Kedaulatan Yang Kekal .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan
dihormati Allah .
DHUL-JALAL-WAL-IKRAM : Pengusaha Keagungan Serta Kedaulatan .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH dengan
kerajinan bekerja serta tekun akan bertemu dengan kejayaan .
AL-MUQSIT
:Maha Pengadil - Ianya tetap maha adil dalam segala-galanya .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , InsyaALLAH akan terjauh
dari godaan syaitan .
AL-JAME'
:Pengumpul - Ia mengumpulkan segala-galanya pada sebarang waktu .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan menemui
benda-benda yang hilang .
AL-GHANI
:Serba Lengkap .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyALLAH akan bersyukur
dan tidak akan ada hasrat dengki .
AL-MUGHNI
:Pengmakmur .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 10 kali Jumaat , insyaALLAH tidak akan
mengalami kekurangan sesuatu apapun .
AL-MANI'
:Pencegah .
Fadhilatnya :Mereka yang menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan
mengalami penghidupan keluarga yang berbahagia .
AD-DARR
:Pengganggu - Ia menjadikan sesuatu yang menyebabkan seseorang bersifat rendah .
Fadhilatnya :Jika sesiapa yang berketurunan sifat rendah menyebut nama-Nya
berulang-ulang setiap malam Jumaat , insyaALLAH taraf mereka akan dinaikkan .
AN-NAFI'
:Makmur - Ia menjadikan segala-galanya untuk kebahagiaan manusia .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang dalam masa empat hari
,insyaALLAH ia akan jauh dari aniaya atau bahaya .
AN-NUR
:Cahaya - Ia memberikan cahaya mulia keseluruh alam , wajah , fikiran serta hati
makhluknya .
Fadhilatnya :Sesiapa yang menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH hatinya
akan lebih terang .
AL-HADI
:Penuntun - Ia memimpin hamba-hambaNya menuju kejayaan serta mengarahnya
berbakti kepada manusia .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan
memperoleh pengetahuan ruhani .
AL-BADI
:Tiada BandinganNya - Ia membentuk segala-galanya dalam dunia ini tanpa rekaan .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 70 kali berulang-ulang , insyaALLAH
kesusahannya akan hilang . ( Ya , ALLAH , Engkaulah yang menjadikan
segala-galanya di dunia ini . )
AL-BAQI :
Yang Kekal .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali sebelum matahari terbit ,
insyaALLAH akan terpelihara daripada malapetaka seumur hidupnya dan insyaALLAH
dosanya akan diampunkan .
AL-WARITH
: Waris Agung - Ialah menguasai segala-galanya .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan hidup
lama .
AR-RASHID
: Pemimpin Ke Arah Kebenaran - Ialah pemimpin yang bijaksana bagi membimbing
makhlukNya kearah kebenaran .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 1,000 kali di antara Maghrib dan isya ,
insyaALLAH kesusahannya akan hilang .
AS-SABUR :
Penyabar .
Fadhilatnya : Sesiapa ditimpa kesusahan ataupun dukacita hendaklah menyebut
nama-Nya 3,000 kali , insyaALLAH ia akan terselamat