SIRI BELAJAR KOMPUTER
08.
LAUNCH OUTLOOK EXPRESS.
Adalah satu perisian yang
telah disediakan untuk kegunaan E Mel peribadi. Bagi mereka yang memiliki
komputer sendiri boleh menjadikan perisian ini untuk E Mel anda. Yang penting anda mesti mendaftar diri dengan TM. Net untuk mendapatkan
userName dan password (kata laluan). Anda akan di beri satu e-Mel
percuma oleh Tm. Net. E-mel ini perlu anda set kan kedalam perisian outlook
exprees.
Cara membuat E mel akaun POP.
Buka
(klik Start, Program dan Outlook Exprees). Klik Tool
pada menu kemudian klik Account.
Pilih Add Mail
dan isikan maklumat yang berkenaan di skrin. Taipkan nama anda di ruang Display. Taipkan alamat pada ruang E-Mail Address.
Alamat yang di maksudkan ialah seperti yang anda daftarkan dengan Tm Net. Ia
itu namayangdidaftar@tm.net.my .
di skrin E-Mail Server Names,
pastikan POP3 yang
dipilih bukannya IMAP. Di ruang Incoming mail Server,
taipkan pop.tm.net.my. di ruang Outgoing mail server
taipkan smtp.tm.net.my.
Di skrin Internet mail Logon
masukkan nama yang di daftar di Account name dan kata laluan (password). Itu sahaja, sekarang anda sudah
boleh menghantar e mel dan menerima mesej dari sesiapa sahaja.
Menghantar E mel.
Sambungkan
komputer anda pada internet. Buka (klik Launch outlook Express). Klik new Mail.
Taipkan nama@alamat si penerima pada ruang To. Taipkan tajuk mesej anda diruang Subject. Kemudian klik pada ruang kosong
dibawah dan taiplah apa apa mesej (seberapa panjang yang anda mahu).sudah
selesai, klik pada Send. Mesej anda akan sampai
ke destinasi nya hanya dalam masa beberapa saat sahaja.
Anda boleh
juga menaip mesej emel tanpa penyambungan internet, kerana ini akan merugikan
anda untuk membayar jumlah masa yang anda gunakan berhubung internet. Apabila anda membuka Lounch Outlook Express,
Klik pada Working OfLine. Karanglah emel terlebih dahulu. Setelah anda klik Send, barulah anda hubungkan komputer anda dengan
internet, untuk proses penghantaran emel anda. Sudah selesai klik semula disconnect
untuk memutuskan talian internet.
Membaca e mel.
Klik saja
pada Read Mail. Sekiranya banyak emel
yang anda terima, ianya akan tersusun ia itu From
(daripada pengirim) Subject (
tajuk emel mereka) dan Received (tarikh mereka
menghantar emel). Untuk membacanya klik pada baris pengirimnya. Mesejnya akan
terpapar dibawah.
Membalas E mel.
Klik kanan
padanya, pilih dan klik Reply To Sender.
Di sini sudah tersedia nama@alamat serta tajuk
pada Subject.(di dahului dengan Re). Anda boleh memadam tajuk ini dan
menggantikannya dengan yang sesuai. Taiplah seperti biasa di ruang bawahnya,
sudah siap klik Send.
Sertakan Document, gambar atau lagu.
Setelah siap
anda menaip emel, anda boleh klik pada Attach
untuk menyertakan artikel, gambar atau pun lagu. Carilah difolder mana anda
menyimpan artikel atau gambar yang dimaksudkan. Sudah jumpa klik Attach.
Artikel, atau gambar atau lagu ini akan dihantar sekali dengan emel anda pada
files yang berasingan.
Menceriakan emel.
Helaian emel
yang anda taip bukan sekadar helaian putih yang kosong. Anda boleh
menceriakannya dengan meletak latar belakang. Klik Format,
Background pilihlah colour atau picture. Atau klik Sound
(cari dimana folder muzik disimpan) untuk latar belakang muzik. Kalau anda
seorang yang kreatif anda pasti boleh menghasilkan satu helaian emel yang
sangat menarik.
Buku alamat (Address Book).
Anda boleh
menyimpan alamat pengirim emel di dalam buku alamat anda. Klik kanan, pilih Add Sender To Address Book. Anda juga boleh
menyimpan maklumat peribadi pengirim. Buka (klik) Address
Book, klik 2x pada alamatnya atau klik kanan, klik properties. Satu window secara terperinci boleh
anda isi kan untuk disimpan. Anda juga boleh
menghantar emel terus dari buku alamat ini. Klik kanan, pilih Action, klik Send
Mail.
Mencipta folder berasingan.
Sekiranya
anda ingin memisahkan atau membahagi bahagikan emel anda untuk di simpan
mengikut kumpulan atau jenis, anda perlu membuatkan folder khas untuk nya
dibawah inbox. Klik Fail, pilih Folder
dan klik New. Namakan folder tersebut. Folder tersebut akan wujud dibawah
folder InBox. Untuk memasukkan emel tersebut, pilih dan klik kanan pada senarai
emel tersebut, klik pada Copy to Folder, dan pastikan folder yang bersesuaian
untuk disimpan, seterusnya klik OK. Kalau tak tersilap atau tak jadi, klik
Cencel, atau kalau mahu folder baru klik New folder.
Membuang E Mel.
Sekiranya
kotak emel anda sudah penuh atau terlalu banyak, anda boleh membuangnnya dengan
meng klik Delete. Untuk membuang
secara terpilih (tidak semua) tekan Ctrl
pada papan kekunci, serentak itu klik lah mana mana emel yang hendak di
buang(mesti berubah warna), sudah itu klik Delete.
Walau bagaimana pun anda membuang emel ini, ianya tidak hilang langsung,
sebaliknya ia tersimpan didalam folder Deleted
Items (bakul sampah). Untuk mengosongkan bakul sampah emel, klik Deleted
Item, klik Edit dan klik pada Empty Deleted Item
Folder.
PERINGATAN.
E-Mel ini sesuai untuk kegunaan
peribadi anda yang penting sahaja. Jangan beri alamat e-mel ini kepada
sembarang orang yang anda tidak kenali. Ini di takuti akan ada orang yang tidak
bertanggung jawap menggunakan emel anda untuk menghantar perkara perkara yang
tidak berfaedah dan tidak anda perlukan. Ini akan memadatkan ruang emel anda
atau menyusahkan anda untuk membuangnya. Adalah lebih baik anda mencipta emel
yang berasaskan Web seperti HotMail, Yahoo dan sebagainya.
Sebelum nya; Melayari Internet. Seterusnya; Emel
(web).
Di sediakan sendiri oleh AhbA.