Atok Angah Banjar
Di
sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan
itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.
Kecemerlangan
sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu
melantun kembali
Nilai
hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya
usia.
-Richard Brinsley Sheridan
Ciri
orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu
belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya - Confucius
Agama
tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh -Albert Einstein
Teman
manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil
Jangan
tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu
buat untuk negara -Abraham Lincoln
Semiskin-miskin
orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti
-Hukama
Jangan
mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi
juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya
Jangan
memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum
memulakan langkah .Hanya
mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan
sahaja yang akan menemui jalan sebenar.
Sesungguhnya
orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka
keaibannya
Tiada
manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk
hidup sengsara
Jambatan
menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung
antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah
Ukuran
yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu
akan dirinya terlebih dahulu.
Aflatun.
Orang
yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan
menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille
Kecemerlangan
adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik
Mengetahui
perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang
betul
Kekuatan
tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak
pernah mengalah
Manusia
biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan
nikmat yang telah tersedia
Harta
tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal
Rahsia
kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang
menjelma
Lebih
baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak
tahu apa-apa
Adab
dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang.
Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.
Didiklah
anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah
dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau -Saidina Umar Al-Khattab
Kebijaksanaan
menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan
penderitaan
Pemimpin
yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih
atas daripadanya
dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.
Kehidupan
kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada
hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.
Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada
Ilahi.
Fikirkan
hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada
hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi
Kalau
tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum
tentu hari ini kita akan berada di sini
Sekiranya
anda meletakan satu nilai kecil ke atas diri anda sendiri, ketahuilah bahawa
dunia tidak akan meningkatkan harga anda itu
Dalam
kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan.
Jika
kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga
setanding dengan apa yang kita usahakan.
Semulia-mulia
manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan
tinggi,
memaafkan
ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat
- Khalifah Abdul Malik bin Marwan
Apa
yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita
berikan padanya.
Kalau
kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut
dengan hasilnya
Jangan
lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki,
jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu
dengar
Orang
yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri
Lidahmu
adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika
engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu
Ingatlah,
sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman
Kepapaan
membuat seseorang yang petah bercakap menjadi pendiam dan menyebabkan seseorang
yang bijak menjadi bodoh
Berfikir
itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang
paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.
Jadilah
cahaya suram yang kekal abadi sinarannya dan elakkan daripada menjadi cahaya
terang yang bersifat seketika cuma.
Sahabat
yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat
sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan
Allah.
Dunia
ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya
hidup bahagia di dunia dan akhirat.
Sesiapa
yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan
Berfikir
secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara
menyelesaikan masalah yg paling berkesan
Tidak
ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang
untuk gagal
Ada
dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan
apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh.
Jika
kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah
untuk menaiki tangga tersebut.
Orang
yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa
terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan.
Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya
Hidup
adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman
seseorang.
Malangnya
bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.
( Harieta Wahab)
Hari
yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak
dijadikan teladan
Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang,
melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah
mengukur dalamnya -Stahl P.J
Kasihkan
manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita
gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia
Hidup
tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri
sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerimasesuatu atau membuat
sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.
Kita
mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari
esok kita masih diberi peluang
Jika
kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji."
(La Roche)
Manusia
tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak
suka mengambil tahu walaupun satu perkara
Kemaafan
mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita.
Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati
yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang
boleh membuang segala parut luka emosi
Kekecewaan
mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa
menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup
Penglihatan
itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana
takut padaKu,maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya
dalam hati...
Kegembiraan
ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa
keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu
kepada teman anda.
Gantungkan
azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah
mutiara di lautan.
Mengapa
manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri
dilahirkan dari sebuah kemesraan.
Kekayaan
bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha
Berkuasa.
Harta
akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika
ianya digunakan
Hidup
memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan
memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan
pula akan menentukan kebahagiaan
Nafsu
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan
itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya.
Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
Nilai
hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya
usia.
-Richard Brinsley Sheridan
Kata-kata
yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.
Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera
Kegagalan
dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi
diiringi dengan riak
Kebenaran
itu pabila dijemur di bawah cahaya mentari, ia tidak akan lekang-lekang. Biarpun
ditinggalkan dalam hujan lebat, ia tidak akan busuk.
Dalam
kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Setiap
jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan
hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan
keberanian
Tiada
siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai
itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai
Harta
yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL.
Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan
ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.
Kebanyakan
orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba
untuk menyelesaikannya
Jadikan
sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan,
pasti akan menghasil kecemerlangan
Memang
amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang
yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat
sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri -Said Mustafa
Jika
anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat
sesuatu, anda akan cari alasan. - Peribahasa Arab
Jangan
menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan
darah
Orang-orang
yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam
hidupnya
Dari
kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri
kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros
berduri kerana harum baunya
Edit Terakhir:
Wednesday, 08 August 2012