Empat Jenis Manusia Dalam Dunia
1. Mereka
yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.
Mereka ini ialah
orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak
mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini
ibarat melukut yang
ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang
Allah dan membimbing
hati mereka supaya beriman serta menggerakkan
angota-anggota mereka
supaya patuh kepada Allah.
Berhati-hatilah supaya
kamu jangan termasuk dalam golongan mereka.
Janganlah kamu layan
mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka.
Merekalah orang-orang
yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta
dilindungi Allah dari
pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba
menjadikan diri kamu
sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan,
Guru kepada yang
baik,Pembimbing kepada agama Allah,Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada
jalan Allah.Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka
patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi
Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah,
maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran
seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul.
Nabi Muhammad SAW pernah
bersabda kepada Sayyidina Ali;
"Jika Allah membimbing
seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu
terlebih baik kepada
kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit".
2. Mereka
yang ada lidah tetapi tidak ada hati.
Mereka bijak bercakap
tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya.
Mereka mengajak
manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari
Allah.Mereka benci
kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi
mereka sendiri
bergelumbang dalam maksiat itu.Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu
Soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar.
Bila mereka
bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian.
Inilah orang yang
dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;
"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang alim yang jahat".
Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh itu,larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak,kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.
3. Mereka
yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.
Dia adalah seorang
yang beriman.Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan
menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan
memberi mereka
kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. Allah menyinari hati mereka dan
menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan
orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan
kejahatan kerana bercakap banyak.
Mereka ini tahu bahawa
keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan bekhalwat.
Nabi SAW. pernah
bersabda;
"Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan".
Sabda baginda lagi;
"Sesungguhnya berkhidmat
kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian,
sembilan darinya
terletak dalam diam".
Oleh itu mereka dalam
golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya,
dilindungi dan diberi
keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati
dengan keredhoan dan
segala yang baik akan diberikan kepada mereka.
Oleh itu, kamu hendaklah
berkawan dengan mereka dan bergaul dengan
orang-orang ini dan
diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat
demikian, kamu akan
dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan
dalam golongan mereka
yang menjadi Wali Allah dan hamba-hambanya yang
Soleh.
4.Mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;
'Barangsiapa yang belajar
dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan
orang yang lain, maka
akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan".
Orang dalam golongan ini
mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda
Allah. Hati mereka
menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang
itu akan diberi Allah
rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain.
Allah telah memilih
mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya.
Allah akan membimbing
mereka dan membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka
akan dilapangkan untuk
menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu
pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang
membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu "Orang-orang Allah". Mereka
mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.
Mereka ibarat timbalan
Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentoasa
mendapat taufiq dan
hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam
golongan ini adalah
pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan
tidak ada Maqam di
atas ini kecuali Kenabian.
Oleh itu hati-hatilah kamu
supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang
seperti ini dan
dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan
terletak dalam apa
yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan
mereka, kecuali mereka
yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak
dan keampunanNya.
Sheikh Abdul Qadir Al-Jailan telah bahagikan manusia itu kepada empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada diri kita untuk memeriksa diri sendiri jika kita mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kita jika ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhaiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.
Dipetik dari Kitab Futuuhul Ghaib oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani.