
![]()
PAGAR DIRI DARI SIHIR DAN ILMU HITAM
Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda. Ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.
Pagar 
Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar 
(kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda 
tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis 
tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah S.A.W. yang 
berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan 
mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari 
itu".(Riwayat al Bukhari.) 
Pagar 
Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan 
memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap 
muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana 
diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka. 
Sabda Rasulullah S.A.W: 
Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. 
Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu 
sebelum tidur, melainkan ada bersamanya
seorang Malaikat. 
Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan 
doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan 
bersuci.'(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.)
Pagar 
Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat 
tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari 
gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan 
syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi
mereka. Apabila selalu 
berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan 
kejahatan lain. 
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).
Pagar 
Keempat (4)
- Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri 
dari sihir
Bangunlah mengerjakan 
solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan 
bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri 
seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya 
adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil 
perlakuan syaitan tersebut. 
Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"(Riwayat al Bukhari dan Muslim).
Pagar 
Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat 
kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya 
menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali 
orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku
seorang mangsa sihir 
telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa 
perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.
Apabila Rasulullah S.A.W 
mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: 
Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari 
sebarang kekotoran dan gangguan
syaitan".
Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.
Pagar 
Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad 
nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, 
hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya 
sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon 
kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku 
berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke 
atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini
ke atasku dan 
lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan 
perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan 
orang-orang yang suka melakukan tipu daya."(Riwayat Abu Daud dan menurut al 
Albaaniy sanadnya baik). 
Pagar 
Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir 
kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih 
telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: 
"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di 
dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya 
sehinggalah ke waktu pagi''. 
Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari).