Make your own free website on Tripod.com

SIRI BELAJAR KOMPUTER 01..

 

 

 

PENGENALAN

       Komputer ialah sabuah mesin berteknologi tinggi yang di gunakan untuk menyimpan dan memperoses maklumat. Fungsinya sama dengan otak manusia. Ia merupakan satu kemudahan elektronik yang boleh menerima maklumat, perintah,membuat pengiraan serta analisis dengan cepat dan tepat secara outomatik.

3 fungsi utamanya ialah INPUT, menerima maklumat dari peranti input. PEMPEROSES. Memperoses maklumat yang di terima. OUTPUT.  Ia itu paparan di screen atau pun di cetak (printer) dan suara yang keluar dari speker.

 

Komputer terbahagi kepada 2 ia itu PERKAKASAN dan PERISIAN.

 

PERKAKASAN (Benda yang nyata ada),

  1. CPU box, didalamnya ada Motherboard. Adalah papan induk pemproses untuk meletakkan atau menyambungkan komponen komponen lain di dalam CPU mahu pun ke luar CPU. Di situ terdapat prosesor untuk memproses segala maklumat. HarddiskC atau D (pemacu cekera keras)untuk menyimpan segala maklumat(tidak boleh dikeluarkan). Floppy disk(A) (pemacu cekera liut atau Disket)juga untuk menyimpan maklumat dan boleh dikeluarkan. Pemacu CD-ROM, untuk mengisi perisian melalui CD, atau untuk memasang lelagu CD,VCD,DVD,MP3,Games Dll. Yang terbaru pemacu CD-RW,juga bertindak sama seperti Pemacu CDR, Cuma kelebihannya CD-RW boleh kita gunakan untuk menyalin segala hasil kerja kedalam bentuk CD. Juga boleh membuat pendua (copy) pada pelbagai Cd yang di kehendaki.   RAM, (Random Access Memory) untuk memproses sementara segala maklumat yang kita buat. Kad Grafik untuk memperoses gambar. Kad bunyi (soundcard) untuk memproses suara atau bunyi. Modem untuk memproses segala panggilan internet.      
  2. MONITOR, ia itu sabuah peti layar seperti TV untuk kita melihat segala hasil kerja.
  3. TETIKUS, sangat berguna untuk mengendalikan semua kerja kerja di dalam komputer.
  4. PAPAN KEKUNCI, untuk menaip segala kerja komputer. (boleh juga untuk mengendalikan komputer sebagai pengganti tetikus)
  5. PRINTER, untuk mencetak segala docomen yang kita buat.
  6. PEMBESAR SUARA, untuk mendengar segala bunyi yang kita programkan.
  7. PENGIMBAS (SCENNER), bertindak semacam photostat, kita boleh menyimpan maklumatnya dalam bentuk gambar sahaja.
  8. CAMERA DIGITAL. Kamera tanpa filem, sebaliknya ada memori kad yang mana kesemua gambarnya boleh di pindahkan dan di simpan di dalam komputer.

 

PERISIAN. ( Perkara yang tidak ada bendanya secara nyata)

        Komputer semestinya mempunyai perisian asas untuk menghidupkan atau mengendalikan segala kerja yang kita kehendaki. Contohnya seperti, WINDOW XP2002, WINDOW2000, WINDOW ME, WINDOW 98 atau WINDOW 95. Yang saya gunakan kini ialah Window2000. sebelum ini saya pernah juga menggunakan Win98 dan Win Me, juga Win XP 2002. bagi saya lebih senang menggunakan Win2000, kerana keupayaan komputer saya bersesuaian dengan kelajuannya.

        Selain itu terdapat banyak perisian sampingan yang amat berguna untuk kerja kerja berkaitan penggunaan komputer. Contohnya Microsoft Office ia itu terdiri dari MicrosoftWord. MicrosoftExcel, MicrosoftProntPage, MicrosoftPowerPoint. Perisian games. Perisian  untuk lagu-lagu, seperti WinUp atau Xing MPEG Player. Perisian anti virus seperti Norton Anti virus atau Trend PC-cillin2000. Perisian Outlook Express untuk emel. Perisian Win Zip untuk memampatkan files files. Perisian Sierra ia itu print artis untuk kita membuat kad ucapan, kad jemputan, kad nama dan sebagainya. Perisian ACDSee untuk melihat atau mengendalikan gambar2 dengan mudah. Perisian Ulead Photo Express untuk mencantik atau mengubahsuai gambar. Dan lain lain perisian. Terdapat begitu banyak, biasanya ada di jual di kedai-kedai komputer dalam bentuk CD.

 

 

MEMBUKA KOMPUTER (START)

Pastikan semua kompunen atau peralatan sudah di pasang dengan betul. Sambungkan kesoket plug dan on kan sahaja. Tekan pada pemicit on/off pada PC dan monitor, tunggu sehingga semua perisian di buka oleh komputer. Muka pertama yang dipaparkan di sebut Desktop.

 

MENUTUP KOMPUTER.

Klik Stat dipenjuru bawah kiri, pilih Shut Down dan klik. Bila timbul tetingkap kecil pastikan shutdown kemudian klik Yes atau OK. Tunggu sebentar sehingga timbul meseg yang mengatakan komputer telah di tutup sepenuhnya oleh window. Tutup semua suis punca eletrik.

 

MENGGUNAKAN TETIKUS. (MOUSE)

           Tetikus merupakan alat penting dalam mengendalikan komputer. Ianya perlu di gerakkan keatas, kebawah, kiri atau kanan mengikut arah tunjuk yang ada di screen monitor. Selalunya point itu akan berubah rupa mengikut kesesuaian apa yang kita tunjuk. Klik kiri atau kanan untuk tindakan selanjutnya.

      Tunjuk. Gerakkan tetikus dan tunjuk pada item di atas skrin.klik kiri 2 kali dengan cepat untuk membuka sesuatu window.

      Tunjuk. Klik kanan tetikus untuk mendapatkan banyak pilihan, anda boleh pilih apa saja yang tertera di situ dan klik kiri sekali.

      Tunjuk, klik dan tekan terus untuk menyeret sesuatu Icon kemudian lepaskan. Ini berguna untuk memindahkan sesuatu fail kedalam folder.

      Tunjuk dan klik kiri sekali apa saja butang yang terdapat di bar atas atau bawah untuk mendapatkan kemudian sewaktu menjalankan kerja-kerja.

 

MENGGUNAKAN PAPAN KEKUNCI. (KEYBOARD)

      Papan kekunci merupakan alat input komputer. Fungsi utamanya ialah untuk menulis(menaip). Juga untuk mengendalikan beberapa pergerakan komputer. Peralatannya hampir sama dengan mesin taip biasa, cuma ia di tambah lagi dengan beberapa butang untuk kemudahan kerja. Diantara kekunci utama adalah seperti berikut.

      Spece bar. Kekunci yang paling panjang, gunanya untuk jarak antara patah perkataan.

      Enter. Kekunci yang paling penting dan paling selalu di gunakan. Biasanya terdapat 2 kekunci. Fungsinya memberitahu tahu komputer, kita sudah habis melakukan kerja, ia itu untuk seterusnya. Atau membuat perenggan ayat seterusnya. Ianya juga selalu di gunakan untuk membuka, menghantar, menyalin, membuang dan apa saja yang dilakukan oleh window mengikut arahannya.

      Caps Lock. Untuk menaip dalam huruf besar. Pastikan lampu hijau caps lock menyala.

      Shift. Juga untuk mendapatkan huruf besar. Tetapi ianya perlu di tekan serentak dengan huruf yang kita taip.

      Backspace. Kekunci yang mempunyai tanda arah panah kekiri. Fungsinya memadam semula perkataan yang kita taip secara mengundur. Kalau di dalam Window (my document atau lain lain folder) atau ketika melayari internet, ia berfungsi untuk kembali ke halaman yang telah kita tengok sebentar tadi.

      Delete. Didalam kerja menaip, fungsinya untuk memadam satu huruf dari kiri kekanan. Atau memadam satu perkataan atau satu ayat atau semuanya setelah kita select (Select bererti kita menekan dan seret tetikus hingga berubah warna) seterusnya tekan delete. Ia juga berfungsi untuk membuang apa saja program yang telah kita arahkan dengan mengklik sekali tetikus pada sesuatu icon program tersebut.

      Tap. Untuk memulakan perenggan ayat, atau menjarakkan perkataan lebih jarak.

      Ctrl. Kekunci kawalan. Selalunya di gunakan serentak dengan sesuatu huruf yang telah di programkan bagi mengendalikan pergerakan window. Beberapa contoh akan saya senaraikan di bawah ini nanti.

      Alt. Juga kekunci kawakan. Berfungsi hampir sama dengan Ctrl.

      Start. Kekunci yang berlogo window di gunakan untuk membuka butang start di penjuru kiri bawah. Tekan logo window, tekan kekunci anak panah arah keatas atau kebawah, tekan enter. Untuk menutup komputer menggunakan kekunci ini. Tekan logo window, tekan anak panah keatas, pilih shutdown, tekan enter. Apabila pasti tempatnya tekan Enter sekali lagi.

      4 arah panah. Digunakan untuk menggerakkan kursor(penanda di screen dimana kita menaip). Tekan samaada keatas kebawah kekiri atau kekanan. Di dalam paparan window atau melayari internet, ia berfungsi untuk menurun atau menaikkkan helaian membolehkan kita mudah melihat semuanya.

      Num Lock. Kunci nombor. Pastikan lampu hijau Num Lock menyala untuk kita menaip nombor yang diperlukan. Sekiranya lampu hijau Nom Lock dipadam, nombor-nombor yang ada disitu berfungsi sebagai penggerak pengganti point tetikus, atau sama fungsinya dengan penggunaan 4 arah panah.

      Print Screen SysRq. Kekunci yang digunakan untuk mencetak (printer). Ikutilah arahannya.

      F12. Kekunci untuk menghantar simpan (save as) helaian yang sedang kita taip.

      F1. Kekunci untuk mendapatkan bantuan Help.

      F11. Digunakan untuk membesarkan screen window ketika melayari internet. 

 

 

 

PENGENALAN WINDOW.

 

                   Apabila kita membuka komputer, terdapat beberapa Icon di muka destop untuk pilihan kita.

      My Computer. Ia mewakili semua kandungan yang terdapat di dalam komputer. kita boleh klik 2 kali dengan cepat untuk melihat kandungannya. Anda boleh melihat semua kandungan di dalamnya termasuklah perisian Window yang anda gunakan. Tapi AWAS jangan sesekali anda tertekan Delete atau membuang mana mana folder atau files yang anda tidak tahu maksudnya dan tujuannya. Ianya adalah kepunyaan window. Sekiranya terdelete, boleh jadi komputer anda akan lumpuh kerana kehilangan data dan tak munkin anda dapat membukanya semula. Anda hanya dibenarkan membuang mana mana files atau folder yang anda buat sendiri di dalam My Document. Atau boleh juga membuang perisian tambahan yang anda masukkan (Install) sendiri.

      My Documents. Ia adalah untuk kegunaan semua kerja kerja kita di dalam komputer. Komputer yang baru di beli selalunya masih kosong tidak ada apa apa pun di dalamnya. Ia juga mengandungi My picture. My web, atau apa saja folder ayang akan kita bina sendiri.

      Internet Explorer. Untuk melayari internet setelah kita dail melalui TM.Net contohnya.

      Recycle Bin. Tempat untuk membuang semua perkara yang kita tidak kehendaki lagi. Kita boleh mengosongkan Recyele Bin dengan mengklik Empty Recycle bin. Dan boleh mengembalikan perkara tersebut ketempat asalnya dengan mengklik Restore. Untuk mendapatkan semula 2 atau 3 sahaja yang terbuang itu, tekan Ctrl pada kekunci serentak itu, klik satu persatu mana satu yang ingin kita kembalikan(mesti berubah warna) lepaskan Ctrl dan klik Restore. Bagitu juga caranya kalau nak membuang terus hanya beberapa perkara dari sejumlah yang ada.

     

      Dan perbagai lagi icon yang boleh kita buat shortcut  untuk dipaparkan di muka destop ini, untuk kemudahan kita mencapai terus ketempatnya.

 

MENGUBAH SUAI WINDOW (DESKTOP)

      Menukar latar belakang Desktop.  Klik kanan pada ruang kosong Desktop, pilih Properties dan klik. Satu tetingkap timbul. Pilihlah Background. Anda boleh memilih mengikut yang tersenarai disitu. Anda juga boleh memilihnya sendiri dengan mengklik Browse, mencari dimana mana folder yang ada meyimpan gambar. Atau anda boleh juga mencipta sendiri latar belakang dengan menggunakan perisian microsoft Fron Page, yang mana anda boleh meletak gambar, tulisan atau apa sahaja mengikut kreatif anda.

      Screen Saver. Ialah gambar bergerak atau apa juga yang telah di programkan wujud setelah beberapa ketika (masa yang telah anda tentukan) timbul untuk menutup dan menyerikan destop anda. Ianya akan hilang semula sebaik sahaja tetikus atau papan kekunci di gerakkan. Untuk mengubah suainya anda boleh pilih yang mana satu bersesuaan pada Screen Saver. Anda juga boleh menentukan masa program ini berjalan.

      Appearance. Untuk mengubah suai warna, tulisan, bebutang dll pada window anda.

      Effects. Untuk mengubahsuai bentuk rupa Icon anda di Desktop.

      Web. Untuk mengubahsuai paparan web anda.

      Setting. Untuk mengubahsuai penggunaan warna dan penggunaan Pixels pada komputer anda. AWAS, sekiranya anda mengubah Setting ini, komputer anda akan terpadam (restart).jangan risau ia akan timbul semula dengan setting yang baru anda ubah.

 

        

 

CONTROL PANEL.  WIN-2000

            Ialah satu tempat yang mengawal keseluruhan komputer anda. Anda boleh membuat beberapa perubahan(setting) di sini. Anda hanya boleh melakukan perubahan disini sekiranya anda sudah benar benar faham dan berpengalaman dalam bab ini. Kalau belum tak perlu anda mengubahnya. Untuk membukanya, klik butang Start, pilih Setting dan klik pada Control Panel. Atau klik 2 kali pada icon My Computer di desktop, klik 2 kali pada Control Panel.

Amaran. Anda jangan membuang (delete) segala apa yang terkandung di sini. Anda juga tidak boleh mengubah suai sesuka hati segala yang terdapat di sini,melainkan anda benar benar faham dan mengetahui apa maksud dan tujuan sebenarnya.

 Berikut sebahagian perkakas perisian yang saya ketengahkan. Ada lagi selain ini.......

      Assessibility Option. Untuk settting Keybord,Sound,Display,Mouse dan general. Untuk memberi isyarat (terdengar bunyi) sekiranya anda tertekan huruf besar (Caps Lock) sewaktu menaip, anda boleh setting pada KeyBoard, pilih Use Toggle Keys dan klik. Seterusnya OK.

      Add/Remove Hardware. Sekiranya anda menambah perkakasan pada komputer anda. Klik pada Add New Hardware dan ikutlah arahan yang diberikan.

      Add/ Remove Program. Ialah program yang mengendalikan perisian baru anda. Sekiranya anda membeli perisian Game contohnya, tetapi perisian itu tidak boleh masuk secara outomatik, anda perlu membuka Add/Remove Program untuk mengisinya(Install).ikulah arahan yang diberikan. Di dalam kotak yang tersenarai adalah program yang sudah siap sedia ada. Sekiranya anda ingin membuangnya klik lah mana mana tajuk program tersebut dan klik Remove. Tapi AWAS pastikan betul betul mana satu yang hendak dibuang, jangan sampai ter Remove perisian penting window.

      Date/ Time.  Untuk setting tarikh dan masa yang tepat. untuk negara Malaysia, anda boleh gunakan Gmt+08.00.Singapore.

      Display. Untuk setting latar belakang, Screen saver dll seperti yang sudah diterangkan dalam MENGUBAH SUAI WINDOW (DESKTOP). Melalui ini anda boleh mengubah suai Background, Screen Saver, Appearance, Web, Effects dan Settings.

      Fount. Ialah folder yang menyimpan semua jenis tulisan yang terkandung di dalam program komputer anda.

      Game Controllers. Ialah folder yang menyimpan perisian tambahan perkakas permainan game.

      Internet Options. Ialah perisian untuk setting panggilan internet. Sekiranya anda menggunakan internet di rumah anda. anda boleh mengubah suai internet Properties ini. General. Di kotak Address anda boleh taipkan alamat laman mana yang terbuka lebih dahulu bila di klik Microsoft Internet Explorer. Di Temporary Internet files terdapat Butang Delete Files. Ini bertujuan untuk membuang semua alamat alamat web yang telah atau pernah anda lawati sebelum ini. Clear History pula untuk membuang semua laman laman web yang telah anda lawati. Di situ terdapat butang Days to keep pages in history. Kiranya anda meletakkan no 30. bererti semua laman web yang anda lawati akan tersimpan di dalam history ini selama 30 hari.

      Keyboard. Ialah perisian untuk setting kelajuan dll pada papan kekunci.

      Modem Settings. Ialah perisian untuk setting modem(alat panggilan internet)

      Mouse. Ialah perisian untuk setting tetikus.

      Sound and Multimedia. Ialah perisian untuk setting odio, vidio, music dll berkaitan bunyi.

      Users and Passwords. Ialah untuk perisian untuk membahagi 2 atau 3 orang yang berkongsi komputer dengan nama dan password yang berbeza.

      Printer. Ialah perisian yang mengendalikan printer.

      Regional Settings. Ialah perisian untuk setting kedudukan,jam dunia,caramana dll.

      System. Ialah perisian utama sistem komputer, di mana kesemua kompunen komputer dikendalikan disini. Kalau tak tau jangan usik usik atau ubah ubah kat sini.

      Dan lain-lain. Sesuatu komputer munkin tidak sama apa yang terkandung di dalam Control Panel. Ini bergantung pada berapa banyak perisian yang ada pada komputer anda.

 

 BUTANG START.

Apabila kita klik pada butang start pada penjuru di bawah kiri,akan timbul satu senarai yang di mulai dengan Shut Down, run, help, search, setting, ducoment, program. Dan ada lagi kat atas. Butang ini semua merupakan shortcut (jalan pintas) yang komputer sediakan untuk membuka sesuatu program atau pun perisian. Contohnya kalau anda hendak membuka Microsoft Word. Klik butang start, pilih program dan klik Microsoft Word. Bagitu juga halnya dengan program2 lain, kebanyakkan nya ada terdapat di butang start ini.

 

 

 

 Seterus nya. My Document.

 

 Di sediakan sendiri oleh AhbA.