SIRI BELAJAR KOMPUTER 02.

 

 

 

MY DOCUMENT.

       Ia adalah merupakan tempat utama kita menyimpan segala kerja. Klik 2 kali dengan pantas pada icon My Documents di muka destop. Atau tunjuk icon My Document dengan tetikus, klik kanan butang tetikus, pilih open dan klik. Satu window baru akan muncul bertajuk My Document. Disinilah tempat kita membuat semua kerja dan menyimpannya. Perlu di ketahui sesuatu Documents itu berbeza mengikut perisian Window anda. Apa yang saya terangkan di bawah ini My Documents Window2000.

 

WINDOW My Documents.

       Kalau anda baru membeli komputer. Atau komputer yang baru di format. My Document masih kosong. Munkin yang ada hanyalah folder My Picture, My Web atau My Muzik. Semuanya masih kosong, tidak ada fail (helaian) didalammnya. Anda lah orang yang akan mengisinya.

       Terdapat 3 butang kecil di penjuru kanan atas, fungsinya:

Ø      Minimize (-) untuk menyimpan sementara folder atau files di dalam bar di bawah, gunanya untuk melakukan lebih dari satu kerja dalam satu masa. Untuk membukanya semula klik sahaja pada butang (folder atau fail) yang tersimpan di bar dibawah.

Ø      Restore. (tanda 2 empatsegi bertindih) untuk mengecilkan window yang sedang kita buka, bagi memperlihatkan sebahagian lagi window lain dibelakangnya. Anda boleh mengalih window yang sudah kecil ini dengan cara meletakkan point tetikus pada tajuk window, tekan dan seret kemana mana di screen. Untuk mengembalikan ke sais asal (besar) klik butang yang sama (namanya Maximize).

Ø      Close (X) untuk menutup terus window.

 

Sekiranya window my document sudah penuh, satu bar memanjang disebelah kanan akan wujud (bertanda segitiga keatas dan segitiga kebawah). Ini bertujuan untuk melihat icon folder atau fail yang tidak kelihatan di screen. Anda boleh juga tekan dan seret keatas atau kebawah pada bar ditengahnya.

 

 

Terdapat bar di atas window, bertujuan untuk mengendalikan segala kerja di dalam My Document.

 

      File. Banyak pilihan didalamnya. Diantaranya yang penting.

  1. Open. Untuk membuka helaian files yang telah kita klik sekali. Atau klik 2 kali dgn pantas pada icon itu.
  2. Send To, untuk kita menghantar files atau folder tarsebut kemana mana yang anda mahu pilih seperti yang tersenarai disitu.
  3. New, untuk mencipta files atau folder baru, mengikut apa yang tersenarai di situ.
  4. Delete, untuk membuang files atau folder kedalam recyele bin.
  5. Reneme, untuk menukar nama sesuatu files atau folder tersebut.
  6. Properties, untuk melihat secara terperinci  kandungan files atau folder tersebut.
  7. Close, untuk menutup window.

 

      Edit.  Terdapat pelbagai pilihan untuk kita memotong atau buang(cut), menyalin(copy), meletak semula(paste)dan sebagainya.

      View. Terdapat pelbagai pilihan untuk mengubahsuai bentuk My Document, seperti ToolBar, StatusBar, ExplorerBar. Juga terdapat senarai besar, kecil, list     dan detail untuk setiap files atau folder.Arrange Icon untuk menyenaraikannya dalam bentuk susunan nama, sais dan tarikh di buat.

      Favorities. Juga untuk terus pergi kemana mana window terutamanya internet.

      Help. Satu perkara yang sangat penting. Kita boleh  mengkliknya untuk mendapatkan bantuan secara terperinci, tapi dalam bahasa inggeris.

 

Terdapat juga butang butang lain iaitu,

      Back. (logo panah ke kiri) Untuk kembali kewindow sebelumnya.

      Forward. (logo panah ke kanan)Untuk kembali kewindow asal.

      Up. (logo folder berpanah keatas)Untuk kewindow sebelah atas.

      Search. (logo bumi berkanta)Untuk mencari files atau folder di tempat lain dengan menaipkan namanya.

      Folders. (logo 2 folder bertindih) akan wujud lain2 folder di sebelah kiri window. Ini akan memudahkan lagi anda mencari atau membuka folder lain. Melalui ini juga anda senang memindah atau menyalin segala files ke folder lain di dalam komputer.

      History. (logo seakan jam) akan wujud satu senarai di sebelah kiri. Ini menunjukkan atau merekodkan segala laman web yang telah anda layari.

      Undo. (logo panah bengkok kebelakang)Untuk kembali kepada aksi sebelumnya.

      Delete. (logo pangkah)Untuk membuang kedalam recyele bin.

      View. (logo 4segi carta)

          Di dalamnya terdapat Terdapat

                           Large Icon............ Untuk menayangkan icon-icon yang besar

                           Small Icon............. untuk tayangan icon icon kecil

                           List,........................untuk tayangan dalam bentuk senarai.

                           Details,................. untuk tayangan secara terperinci, termasuk saisnya serta tarikh di buat.

                           Thumbnails,.............ini sesuai untuk menayangkan files gambar.

Di bar itu juga akan terdapat Address ia itu ruang alamat,  ia itu memberikan apa nama folder yang anda buka sekarang. Kalau anda klik pada butang kecil di sebelah kanan ruang address itu, akan menayangkan nama2 folder lain di dalam komputer anda. Anda boleh terus membuka laman lain itu dengan terus mengklik nya.

 

Membuat Folder baru.

Klik File dipenjuru atas kiri, pilih New Folder. Satu folder baru akan wujud di dalam My Document anda dengan nama New Folder. Sekiranya hendak mendapatkan helaian kertas kerja baru (disebut juga files), juga klik File, New dan pilihlah mengikut apa yang tersenarai disitu. Atau klik kanan tetikus di ruang kosong Window My Document, akan timbul senarai pihihan,kliklah sama ada nak buat folder baru atau files kerja baru.

 

Membuka Folder atau Files yang telah ada.

Tunjuk icon itu, klik 2x dengan pantas kiri tetikus. Atau tunjuk icon klik sekali kanan tetikus, pilih Open. Atau klik sekali pada icon, klik File di penjuru kiri atas pilih Open.

 

Mengubah nama Folder atau files.

Klik kanan pada folder tersebut, pilih Reneme, kemudian taipkan saja dengan nama baru yang sesuai. Atau klik sekali pada icon folder itu, klik File, pilih reneme dan taipkan nama baru.

 

Membuat helaian kertas kerja (files) baru.

Klik File dipenjuru kiri atas, pilih New, kemudian klik mana mana jenis kertas kerja tersenarai yang ingin kita buat. Contohnya anda klik Microsoft Word Document, satu icon bertajuk New Microsoft Word Document akan wujud. Anda perlu mengubah nama (rename) yang sesuai dengan kehendak anda. Untuk membukanya tekan Enter pada papan kekunci. Atau klik kanan tetikus di ruang kosong Window My Document, akan timbul senarai pihihan,kliklah sama ada nak buat folder baru atau files kerja baru.

 

Menyalin dan memindahkan Folder.

Klik kanan pada icon folder tersebut, pilih Copy, kemudian buka window dimana kita hendak meletakkan folder tersebut. Klik Paste. Semua isi kandungan didalam Folder tersebut akan dipindahkan secara outomatik. Untuk lebih mudah klik View, pilih Explorer Bar, klik folders. Satu window folder akan tersenarai di sebelah kiri window My Document. Disini kita lebih mudah untuk kerja pemindahan Copy dan Paste.

 

Menyimpan files tertutup kedalam folder.

Apabila didalam My Document kita sudah banyak files yang kita buat. Kita perlu membuat Folder untuk menyimpan files-files tersebut mengikut kesesuaiannya. Caranya klik kiri, tekan dan seret icon files itu terus ke icon Folder berkenaan. Files itu akan masuk dengan sendirinya. Sekiranya lebih dari satu files yang ingin kita masukkan kedalam folder, tekan Ctrl pada papan kekunci, serentak itu klik mana mana files yang dimaksudkan (files itu berubah warna) sudah habis lepaskan Ctrl dan klik seret salah satu icon files arahkan ke folder yang dimaksudkan. Kesemua files itu akan masuk secara outomatik.

 

Memindahkan folder atau files.

Klik kanan, pilih Send To. Tentukan kemana hendak dihantar mengikut yang tersenarai disitu. Sekiraya hendak menyimpannya di dalam disket send to 3 ½ Floppy

(A). Dan sekiranya hendak membuat shortcut pada desktop, klik send to Desktop(Create shortcut). Icon tersebut akan wujud di desktop untuk memudahkan kita mencapai terus folder atau files yang kita buat.

 

Mengetahui kandungan Folder atau files.

Klik kanan,pilih properties dan klik. Satu window kecil wujud menerangkan segala kandungannya yang terdapat didalammnya. Atau kelik sekali pada icon, klik pula File di penjuru kiri atas pilih Properties.

 

Membuangan files atau folder.

Klik kanan pada mana mana icon tersebut, pilih Delete dan klik. Files atau folder itu akan dihantar kedalam Recyele Bin secara outomatik. Atau klik sekali pada icon mana yang nak di buang. Tekan sekali Delete pada papan kekunci. Atau klik sekali pada icon, klik File di penjuru kiri atas, pilih delete.

 

Membuat latar belakang My Document. Atau lain lain folder.

Klik View, pilih Customize this folder. Klik pada Modify background picture and filename apperance dan next. Setelah jumpa yang sesuai klik Finish. Kita boleh juga mencari di dalam My Picture atau mana mana folder gambar dengan mengklik Browse.

 

Mencetak (printer) files tertutup.

Klik File, pilih Printer, satu window printer akan muncul, kita boleh menyesuaikan mengikut keperluan, kemudian klik OK. Pastikan sumber letrik sudah dipasang.

 

 

 Sebelum nya. Pengenalan.                        Seterusnya Microsoft Word.

 

 

Di Sediakan sendiri oleh AhbA