SIRI BELAJAR KOMPUTER 06.

 

 

 PAINT.

                    

 

        Paint adalah merupakan satu program khas untuk melukis yang di sediakan oleh Microsoft Window. Ia nya biasa di gunakan untuk anak anak yang baru untuk belajar. Di sini lah mereka cuba melukis, mencorak, melakar atau apa saja menggunakan segala kemudahan yang di sediakan. Untuk mendapatkan helaian paint, klik butang Start, pilih program, Accessories dan klik pada Paint. Akan timbul satu helaian kosong bertajuk untitled paint. Di sebelah kiri helaian terdapat perkakas yang boleh di gunakan. Di sebelah bawah terdapat sejumlah kotak warna di sediakan.

 

Perkakas Paint.

 

► Free Form Select.  Untuk memotong mengikut kawasan yang anda lakarkan. Caranya tekan dan seret mengelilingi sesuatu lukisan terdahulu di belakangnya sehingga bercantum titik garisan. Akan timbul satu kekotak sementara. Tekan dan seret kekotak sementara ini kemana anda hendak meletakkannya semula. Gambar asal tadi akan hilang dari kedudukan asalnya dan berpindah ke tempat baru anda seretkan tadi. Ini juga boleh anda lakukan untuk copy dan paste ke helaian paint lain. Atau boleh juga paste ke helaian microsoft word dsb.

 

► Select.  Juga di gunakan untuk memotong dan memindahkan.Cuma cara nya saja sedikit berbeza. Ia Cuma perlu tekan dan seret dekat sesuatu lukisan asal yang nak dipotong itu, satu kekotak 4segi sementara akan wujud mengikut seretan tetikus anda. lepaskan tetikus, tekan lagi pada kekotak sementara itu dan seret lah kemana hendak di letakkan. Boleh juga di lakukan untuk copy dan paste ke helaian lain.

 

► Eraser/Colour Eraser. Di gunakan untuk memadam.biasanya berwarna putih dan ada 4 pilihan saiz pemadam. Caranya tekan pada lakaran yang nak di padam, seret atau goyang goyangkan tetikus sehingga lah bertukar jadi putih.

 

► Fill With Color. Di gunakan untuk mencurah kan warna. Biasa di gunakan setelah ada lukisan kotak, bulatan atau lakaran yang yang bercantum. Caranya klik pada Fill With Color, klik pada warna pilihan di bawah, klik pula pada lakaran kotak atau bulatan yang anda telah buat. Pasti warna di dalamnya berubah. Untuk lakaran corak bebas, pastikan lakaran itu tercantum di setiap penghujungnya, kalau tidak nanti warna itu akan melimpah ke kawasan lain, atau memenuhi kertas lukisan anda.

 

► Pick Color. Adalah untuk mengambil contoh warna yang telah sedia anda anda lakarkan. Kemudian pilih lah perkakas lain, dan lakarkan.pastinya warna yang anda pick itu akan wujud.

 

► Magnifier. Bertujuan untuk membesarkan gambaran sewaktu melukis.anda boleh besarkan hingga 2x 6x atau 8x ganda. Ini juga biasa di gunakan untuk memereksa garisan garisan yang terputus, kerana tidak nampak kalau bersaiz biasa. Ia macam kanta pembesar. Juga di gunakan untuk melukis benda benda yang kecil.

 

► Pencil. Paling selalu di gunakan. Biasanya mula mula buka program ini, perkakas pencil yang yang timbul. Klik pada warna dan lakar mengikut apa yang anda kehendaki. Kalau menggigil tetikus yang anda gerakkan, menggigil lah juga hasil coretan.

 

► Brush. Sama fungsinya dengan pencil. Cuma garisan ianya lebih kasar dan terdapat pelbagai pilihan mata pen.

 

► Air Brush. Merupakan semburan untuk warna. Pilihlah warna, samburkan ke lukisan anda.

 

► Text. Adalah untuk membuat tulisan. Caranya klik dulu Text. Arahkan tetikus ke kertas di mana hendak menulis. Tekan kiri tetikus dan seret agak agak panjang mana tulisan itu. Dah dapat kekotak tulisan tu. Taip sajalah seperti biasa pada papan kekunci. Di situ terdapat juga untuk memilih jenis tulisan dan saiz nya.

 

► Line. Untuk menghasilkan satu garisan lurus. Caranya tekan dan seret dari mana hendak kemana. Nak menambah garisan ulang lagi cara itu, hinggalah beberapa garisan yang di perlukan. Di situ terdapat juga saiz ketebalan garisan.

 

► Curve. Untuk satu garisan yang boleh di bengkokkan atau di lenturkan 2 kali. Caranya klik curve, tekan dan seret dari mana ke mana. Lepaskan tetikus. Arahkan penunjuk tetikus ke bahagian yang di garis tadi. Tekan dan tolak ke atas atau ke bawah, garisan itu pasti membengkok. Buat sekali lagi,kerana ini memerlukan 2 kali untuk di gunakan. Contohnya senang untuk membuat lukisan bulan sabit.

 

► Rectangle. Adalah untuk membuat kotak. Caranya tekan kiri tetikus dan seret setakat mana di perlukan besarnya kotak. Terdapat 3 pilihan jenis kotak.

  1. pilihan 1, satu garisan kotak yang yang menampakkan latar belakang paint.
  2. pilihan 2, satu garisan kotak yang tidak menampakkan latar belakang (terlindung).
  3. pilihan 3, bila anda seret contohnya guna warna biru, satu kotak berwarna biru akan wujud mengikut saiz yang anda seret.

 

► Polygon. Untuk menghasilkan garisan lurus dari point ke point (titik ke titik). Caranya klik polygon, pilih warna, klik sekali point permulaan di kertas paint. Kali lagi pada point kedua, satu garisan lurus akan muncul dari poin 1 ke poin 2. klik lagi pada point 3, satu lagi garisan baru muncul dari poin 2 ke point 3. bagitulah seterusnya, berapa garisan bersambung yang anda perlukan. Atau anda boleh mencantunkan penamat point itu.

 

► Ellipse. Adalah untuk membuat bulatan. Caranya sama seperti Rectangle. Juga terdapat 3 pilihan untuk bulatan.

 

► Raunded Rectangle. Adalah untuk membuat 4 segi berbucu bulat. Caranya sama seperti membuat Rectangle dan Ellipse. Juga terdapat 3 pilihan kotak Rounded Rectangle.

 

 

       Kepada anak anak cubalah melakar apa saja menggunakan paint ini. Memang menyeronokkan, di tambah lagi kalau lukisan itu menjadi. Kalau anda kereatif,pelbagai lukisan boleh anda hasilkan. Lukis peta, lencana, logo, pemandangan atau apa sahaja. Setelah siap melukis jangan lupa Save As,ia itu menyimpannya. Bila anda save biasanya akan di simpan dalam format 24 bit bitmap. Mudah untuk anda mengubahsuai di lain kali. Namun anda boleh juga save kan dalam format gif, jpg atau jpeg. Format ini jauh lebih kecil saiznya daripada format 24 bit bitmap. Daripada 900kb boleh jadi tinggal 30kb sahaja. Gambar lukisan dalam format gif, jpg atau jpeg ini sesuai untuk halaman web.

 

        SELAMAT MENCUBA.

 

 

 

 

 

 

Sebelum nya; Microsoft Power Point.                               Seterusnya; Melayari Internet.

 

 

 

Di sediakan sendiri oleh; AhbA.