SIRI BELAJAR KOMPUTER 07.

 

 

MELAYARI  INTERNET.

 

      Sesuatu yang amat berguna lagi menyeronokkan ialah melayari internet. Melayari dunia internet membolehkan kita mengetahui apa sahaja maklumat dan perkembangan dunia masa kini juga dimasa lalu. Internet juga membolehkan kita berhubung sesama manusia, kita boleh bersidang atau bermesyuarat, boleh menjalankan perniagaan, boleh membeli belah, boleh berborak atau bercerita, juga boleh berhibur dengan mendengar lagu lagu dari seluruh dunia atau boleh juga bermain games dengan sesiapa sahaja di dunia ini yang anda hubungi. Dan yang menariknya anda boleh juga menyiarkan laman web anda. Terlalu banyak faedahnya. Tetapi AWAS, dunia internet tak ada sempadan, tak ada penapisnya. Hanya anda saja penentunya, semuanya dihujung jari anda. Kalau baik yang anda cari baiklah jawapannya, kalau yang tak baik anda cari, maka tak baiklah keputusannya.

 

       Bagi anda yang memiliki komputer sendiri, alangkah ruginya kalau anda tidak ada hubungan internet. Ibarat anda memiliki kereta, tapi tak ada minyaknya. Macammana anda hendak berjalan jauh. Bagi yang tidak ada komputer...... pergi sahaja ke CC (cyber cafe), disitu adalah pusat perhubungan dunia internet.

 

PENDAFTARAN INTENET.

        Bagi anda yang memiliki komputer, tapi belum ada internet. Anda sendiri hendaklah pergi kepusat penghubung internet untuk membuat pendaftaran. Ini seperti yang saya lakukan dulu. Saya mendaftar sendiri melalui sistem Dial Up. Di Malaysia ini TM.Net adalah salah satu badan terbesar yang mengendalikan perkhidmatan intenet. Anda daftarkan diri anda di pusat Telekom yang berhampiran. Anda akan diberi borang untuk diisi beberapa maklumat penting. Di antaranya

Ř      UserName. UserName boleh jadi nama sebenar anda, nama samaran atau gabungan nama yang anda reka sendiri. Nama Username tidak boleh serupa dengan orang lain. Maka itu anda perlu mencipta username yang tak munkin ada orang lain yang serupa. Contohnya nama anda ‘Muhamad Ali’. Anda boleh buat username satriamadali, atau mahmali, atau damahumila, atau muhamad3654, atau muhamad78c, atau ss45muhamadali, atau apa saja yang anda rasa sesuai dan senang anda mengingatnya. Yang penting, kesemua huruf hendaklah ditulis huruf kecil dan tidak boleh jarak antara huruf dan nombor, juga tidak boleh bertanda titik. Setelah di daftarkan username ini tidak boleh diubah, dan nama username inilah yang menjadi nama dalam bil multimedia yang dikirimkan kepada anda setiap bulan.

Ř      Password.  Adalah kata kunci untuk anda berhubung dengan internet. Pasword hendaklah anda cipta sendiri menggabungkan beberapa huruf dan nombor. Contohnya, naw4578, atau ser7804me, atau 300945naw, atau 45btr302 atau apa sahaja yang yang inginkan. Kesemuanya huruf kecil dan tidak boleh dijarakkan.Yang penting anda mesti ingat (simpan dalam otak anda). Password adalah rahsia, Tidak boleh orang lain ketahui password anda. Sebab ia sebagai anak kunci, kalau orang lain dapat anak kunci itu, pasti orang itu akan boleh melayari intenet, tetapi bilnya anda yang kena bayar. Tapi janganlah terlalu risau, Password boleh kita ubah sendiri melalui talian dengan menghubungi  http://isp.tm.net.my . disini juga terdapat keterangan penggunaan internet anda secara terperinci.

Ř      Lain lain. Seperti mengisi borang biasa sahaja, nama, alamat dan sebagainya. Tak ada yang susahnya. Yang penting anda mesti membawa bil telefon yang terbaru untuk membuat pendaftaran

Ř      Pembayaran. Untuk pendaftaran biasanya RM10.00 sahaja. Yuran laluan RM24.00 setelah setahun anda gunakan. Bayaran bulanan mengikut penggunaan anda, pada kadar untuk Multimedia 1 sen seminit atau 60sen satu jam dan talian Telefon 1 ˝ sen seminit atau 90sen satu jam (semuanya bersama bil telefon anda). Menjadikan jumlahnya 2 ˝ sen seminit atau rm1.50 sen satu jam.

 

PREPAID.

          Sekiranya anda tidak mahu mendaftar diri dengan Tm Net, kini ada terdapat prepaid yang boleh anda gunakan untuk berhubung dengan internet. Anda pergi ke pejabat atau kedai Telekom yang berhampiran untuk membelinya dengan harga biasanya RM50.00 sekeping (CD). Cara ini memerlukan ada set kan melalui pemacu CD Rom komputer anda. Walaubagaimana pun talian telefon tetap diperlukan dan perlu disambung kekomputer anda. Dan bayaran bilnya tetap pada kadar 1 ˝ sen seminit. Cuma bezanya tidak ada bil multimedia, kerana anda telah membayarnya terlebih dahulu RM50.00 untuk kegunaan 50 jam berintenet.

TALIAN 1315.

           Ini merupakan satu kemudahan baru yang di berikan oleh TM Net. Anda tidak perlu pergi mendaftar, tak perlu ada User Name, tak perlu ada Password. Asalkan ada saja komputer bermodem di rumah dan ada talian tetap telefon di rumah. Caranya cukup mudah. Sambungkan modem Dial Up komputer anda ke talian Telefon. Klik butang Start, pilih Setting, pilih Network and Dial Up Connection. Klik pada Make New Connection. Klik Next, pastikan bertanda pada Dial Up to private network. Klik lagi Next. Taipkan  1315 pada ruang phone number. Klik lagi Next dan Next hingga Finish. Bila dah timbul jee kotak untuk memanggil, tak perlu bubuh nama dan password, terus saja klik Dial, Cuma pastikan no yang di Dial 1315. tunggu sahaja beberapa saat, insyaalah komputer anda akan di sambung kan terus pada internet. Cuma melalui talian 1315 ini bayaran nya lebih mahal sedikit ia itu 4 sen setiap minit, bererti RM2.40 untuk 1 jam. Segala penggunaan akan di sertakan bersama bil telefon kediaman anda. Mudah sahaja kan.

 

STREAMYX.

           Ini merupakan satu lagi kemudahan dari TM Net untuk pelanggannya. Anda perlu pergi ke Kedai TM Net untuk mendapatkan perkhidmatannya. Streamyx berkelajuan tinggi, tidak seperti sistem lama cara Dial Up yang terlalu lembab dan perlahan untuk membuka sesuatu halaman. Streamyx perlu modem nya yang khas, dan ia nya ada peringkat kelajuan. Lagi mahal langganan nya maka lagi laju lah pencapaian yang di dapat. Saya pun tak berani nak buat cerita di sini, sebab saya belum pernah memiliki atau mencubanya. Hanya dengar dan baca dari akhbar saja.

 

MEMULAKAN PANGGILAN INTENET.        

Berikut adalah cara lama seperti yang saya lakukan. Berdaftar dengan TM Net melalui panggilan Dial Up. Klik butang Start , Program, Accessories, Communications  pilih  Network and Dial-Up Connection. Klik 2x pada Make New Connection. Klik Next. Taipkan no 1515 dan diruang phone Number. Klik Next dan Next lagi, taipkan TM Net Connection, sudah itu klik Finish. Akan terdapat satu Icon baru TM Net Connection. Untuk memudahkan send kan icon Tm Net Connection itu ke Desktop (create Shortcut).

        Memulakan panggilan. Pastikan modem komputer anda telah disambungkan melalui talian telefon. Klik pada icon TM Net Connection. Taipkan nama Username seperti yang anda daftarkan. Taipkan Password anda(cuma kelihatan tanda * * * * * sahaja). Dan tuliskan Phone Number ialah 1515. seterusnya klik Connect.  Tunggu beberapa ketika, modem komputer anda berbunyi agak bising menandakan panggilan anda sedang di sambungkan. Apabila berjaya akan wujud satu icon kecil (berkelip hijau) di bar penjuru kanan bawah screen komputer anda. Sekiranya tidak berjaya ulangi lagi langkah tadi beberapa kali sehingga berjaya. Ini munkin disebabkan talian yang terlalu sibuk atau ada halangan lain.

 

MELAYARI INTERNET.

       Pastikan anda tahu alamat yang ingin anda kunjungi. Klik butang Start,  pilih Find dan klik pada On the Internet. Pastikan pilihan anda yang bertanda Find a web Page. Taipkan alamat yang anda kunjungi di ruang yang disediakan, seterusnya klik Search. Tunggulah beberapa ketika, komputer anda akan mencarinya sehingga terpapar halaman yang anda inginkan. Setelah terpapar anda bebas mengklik mana mana tanda (biasanya penunjuk tetikus anda berubah menjadi jari telunjuk). Kliklah untuk melihat halaman halaman lain yang bersangkutan dengannya.

 

KEMUDAHAN ALAMAT.

      Anda boleh menyalin alamat alamat web di helaian program Microsoft Excel. Simpan helaian alamat itu di tempat yang mudah anda cari, atau send to pada desktop (create ShortCut)  screen komputer anda. Untuk bertindak secara outomatik membuka alamat yang anda salin itu, anda perlu membuat setting terlebih dahulu. Klik butang Start, pilih Setting, klik pada Control Panel. Klik 2x pada icon Intenet Options, klik pada Connections dan klik (tandakan) pada Always dial my default connections. Seterusnya klik OK. Tutup control panel.

      Apabila sudah di Setting. Klik sahaja terus pada alamat yang anda taip(simpan) di Microsoft Excel itu. Sekiranya komputer anda belum membuat hubungan dengan TM Net, Komputer anda akan bertindak secara outomatik mengeluarkan kotak untuk anda menaipkan Password. Biasanya Username  sudah tersedia tidak terpadam. Setelah taipkan Password klik OK. Tunggu sahaja, komputer anda akan terus membuat hubungan dengan TM Net, sesudah tersambung komputer anda terus membuka halaman yang anda mahukan itu. Kalau mahu melihat halaman web yang lain pula, tutup yang itu, klik sahaja alamat lain yang anda taip itu. Tentu lebih mudah bukan?.

 

KEMUDAHAN INJIN PENCARI.

        Internet ibarat sabuah perpustakaan yang amat besar sekali. Tentu sukar untuk anda mencari maklumat yang anda inginkan kalau tidak tahu alamat penuhnya. Dalam internet banyak terdapat kemudahan injin pencari seperti Dogpile, Altavista, Yahoo, Lycos, Google atau yang melayunya Cari-cari. Dan banyak lagi. Yang paling popular ialah www.google.com . injin pencari ini sangat berkesan. Buka halaman www.google.com . Diruang yang disediakan taipkan (kata kunci) ia itu apa yang anda ingin cari, contohnya seperti buku, sekolah, football, bus, osama, apa apa sahaja samaada bahasa inggeris atau pun bahasa melayu. Seterusnya klik Search. Google akan bertindak mencari apa yang anda taipkan dalam beberapa saat sahaja. Maka keluarkan senarai halaman halaman di seluruh dunia yang ada kaitan dengan kata kunci yang anda taipkan. Pilihlah mana yang ingin anda buka terlebih dahulu. Kalau tersilap ejaan kata kunci yang anda taipkan, google akan menyuruh anda membetulkan ejaan tersebut. Search lah sekali lagi.

      Tapi AWAS, berhati hatilah atau berwaspadalah menaip kata kunci, kalau yang baik anda taip, baiklah yang yang akan terpapar. Kalau tak baik maka tak baiklah hasilnya. Ini kerana dunia internet tiada sempadan dan tidak ada penapisnya. Semuanya boleh anda jelajahi.

 

MENYIMPAN MAKLUMAT DARI INTENET.

      Setiapkali anda melayari internet sudah tentulah memerlukan keewangan bagi membayar bil. Untuk membaca kedua atau ketiga kalinya, anda boleh Save As kan halaman tersebut di dalam folder khas di dalam My Document. Disini anda tidak perlu menyambungkan talian internet, anda boleh mengulang kali seberapa kerap pun halaman yang pernah anda buka. Anda juga boleh mengambil gambar gambar dari internet dengan cara klik kanan tetikus pada gambar yang di inginkan, pilih dan klik Save Picture Is ........ simpanlah di dalam My Picture di dalam My Document. Gambar gambar ini akan kekal menjadi simpanan anda.

 

MEMUTUSKAN TALIAN INTENET.

        Setelah puas anda merayau rayau diinternet. Untuk menutupnya klik kanan pada icon kecil internet di penjuru kanan bawah. Klik pada Disconnect. Untuk mengetahui berapa lama masa yang telah anda gunakan klik pada  Status. Dari sini juga anda boleh memutuskan talian klik Disconnect dan OK.

 

Sebelumnya  Paint.                            Seterus nya; Launch Outlook Express.

DI sediakan sendiri oleh AhbA.