SIRI BELAJAR KOMPUTER 08.

 

LAUNCH OUTLOOK EXPRESS.

 

       Adalah satu perisian yang telah disediakan untuk kegunaan E Mel peribadi. Bagi mereka yang memiliki komputer sendiri boleh menjadikan perisian ini untuk E Mel anda. Yang penting anda mesti mendaftar diri dengan TM. Net untuk mendapatkan userName dan password (kata laluan). Anda akan di beri satu e-Mel percuma oleh Tm. Net. E-mel ini perlu anda set kan kedalam perisian outlook exprees.

 

Cara membuat E mel akaun POP.

          Buka (klik Start, Program dan Outlook Exprees). Klik Tool pada menu kemudian klik Account. Pilih Add Mail dan isikan maklumat yang berkenaan di skrin. Taipkan nama anda di ruang Display. Taipkan alamat pada ruang E-Mail Address. Alamat yang di maksudkan ialah seperti yang anda daftarkan dengan Tm Net. Ia itu  namayangdidaftar@tm.net.my . di skrin E-Mail Server Names, pastikan POP3 yang dipilih bukannya IMAP. Di ruang Incoming mail Server, taipkan pop.tm.net.my. di ruang Outgoing mail server taipkan smtp.tm.net.my.

Di skrin Internet mail Logon masukkan nama yang di daftar di Account name dan kata laluan (password). Itu sahaja, sekarang anda sudah boleh menghantar e mel dan menerima mesej dari sesiapa sahaja.

 

Menghantar E mel.

        Sambungkan komputer anda pada internet. Buka (klik Launch outlook Express). Klik new Mail. Taipkan nama@alamat si penerima pada ruang To. Taipkan tajuk mesej anda diruang Subject. Kemudian klik pada ruang kosong dibawah dan taiplah apa apa mesej (seberapa panjang yang anda mahu).sudah selesai, klik pada Send. Mesej anda akan sampai ke destinasi nya hanya dalam masa beberapa saat sahaja.

        Anda boleh juga menaip mesej emel tanpa penyambungan internet, kerana ini akan merugikan anda untuk membayar jumlah masa yang anda gunakan berhubung internet.   Apabila anda membuka Lounch Outlook Express, Klik pada Working OfLine. Karanglah emel terlebih dahulu. Setelah anda klik Send, barulah anda hubungkan komputer anda dengan internet, untuk proses penghantaran emel anda. Sudah selesai klik semula  disconnect untuk memutuskan talian internet.

 

Membaca e mel.

        Klik saja pada Read Mail. Sekiranya banyak emel yang anda terima, ianya akan tersusun ia itu From (daripada pengirim)   Subject         ( tajuk emel mereka) dan Received (tarikh mereka menghantar emel). Untuk membacanya klik pada baris pengirimnya. Mesejnya akan terpapar dibawah.

 

Membalas E mel.

       Klik kanan padanya, pilih dan klik Reply To Sender. Di sini sudah tersedia nama@alamat serta tajuk pada Subject.(di dahului dengan Re). Anda boleh memadam tajuk ini dan menggantikannya dengan yang sesuai. Taiplah seperti biasa di ruang bawahnya, sudah siap klik Send.

 

Sertakan Document, gambar atau lagu.

      Setelah siap anda menaip emel, anda boleh klik pada Attach untuk menyertakan artikel, gambar atau pun lagu. Carilah difolder mana anda menyimpan artikel atau gambar yang dimaksudkan. Sudah jumpa klik Attach. Artikel, atau gambar atau lagu ini akan dihantar sekali dengan emel anda pada files yang berasingan.

 

Menceriakan emel.

     Helaian emel yang anda taip bukan sekadar helaian putih yang kosong. Anda boleh menceriakannya dengan meletak latar belakang. Klik Format, Background pilihlah colour atau picture. Atau klik Sound (cari dimana folder muzik disimpan) untuk latar belakang muzik. Kalau anda seorang yang kreatif anda pasti boleh menghasilkan satu helaian emel yang sangat menarik.

 

Buku alamat (Address Book).

      Anda boleh menyimpan alamat pengirim emel di dalam buku alamat anda. Klik kanan, pilih Add Sender To Address Book. Anda juga boleh menyimpan maklumat peribadi pengirim. Buka (klik) Address Book, klik 2x pada alamatnya atau klik kanan, klik properties. Satu window secara terperinci boleh anda isi kan untuk disimpan.  Anda juga boleh menghantar emel terus dari buku alamat ini. Klik kanan, pilih Action, klik Send Mail.

 

Mencipta folder berasingan.

       Sekiranya anda ingin memisahkan atau membahagi bahagikan emel anda untuk di simpan mengikut kumpulan atau jenis, anda perlu membuatkan folder khas untuk nya dibawah inbox.  Klik Fail, pilih Folder dan klik New. Namakan folder tersebut. Folder tersebut akan wujud dibawah folder InBox. Untuk memasukkan emel tersebut, pilih dan klik kanan pada senarai emel tersebut, klik pada Copy to Folder, dan pastikan folder yang bersesuaian untuk disimpan, seterusnya klik OK. Kalau tak tersilap atau tak jadi, klik Cencel, atau kalau mahu folder baru klik New folder.

 

Membuang E Mel.

        Sekiranya kotak emel anda sudah penuh atau terlalu banyak, anda boleh membuangnnya dengan meng klik Delete. Untuk membuang secara terpilih (tidak semua) tekan Ctrl pada papan kekunci, serentak itu klik lah mana mana emel yang hendak di buang(mesti berubah warna), sudah itu klik Delete. Walau bagaimana pun anda membuang emel ini, ianya tidak hilang langsung, sebaliknya ia tersimpan didalam folder Deleted Items (bakul sampah). Untuk mengosongkan bakul sampah emel, klik Deleted Item, klik Edit dan klik pada Empty Deleted Item Folder.

 

PERINGATAN.

      E-Mel ini sesuai untuk kegunaan peribadi anda yang penting sahaja. Jangan beri alamat e-mel ini kepada sembarang orang yang anda tidak kenali. Ini di takuti akan ada orang yang tidak bertanggung jawap menggunakan emel anda untuk menghantar perkara perkara yang tidak berfaedah dan tidak anda perlukan. Ini akan memadatkan ruang emel anda atau menyusahkan anda untuk membuangnya. Adalah lebih baik anda mencipta emel yang berasaskan Web seperti HotMail, Yahoo dan sebagainya.

 

 

Sebelum nya; Melayari Internet.                           Seterusnya; Emel (web).

 

Di sediakan sendiri oleh AhbA.