SIRI BELAJAR KOMPUTER
11.
PERKAKAS TAMBAHAN.
Setiap komputer pastinya
akan menjadi lebih lengkap lagi kiranya di tambah beberapa lagi perkakas
tambahan. Di antaranya adalah seperti berikut.
☼ PRINTER.(Pencetak)
Tanpa printer pastinya anda tidak dapat mencetak sebarang document yang anda
buat. Banyak jenama printer di pasaran. Anda boleh memilih mana satu yang
sesuai. Setiap printer yang di beli, selalunya mesti di bekalkan dengan
perisian (CD) nya sekali. CD ini perlu anda install (masukkan program) ke dalam
komputer anda. kalau tak di Install, printer anda tidak akan berfungsi untuk
komputer anda. caranya mudah saja. Sambungkan cabel printer ke PC komputer
anda. sambungkan juga cabel letrik. On kan komputer. Masukkan CD printer ke pemacu CD. Dan install
lah mengikut langkah yang di arahkan. Setelah siap biasanya akan ada icon
printer anda di screen. Anda boleh mula mencuba printer yang telah di
sambungkan.
☼ DISKET. Disket
merupakan perkakas terawal untuk menyimpan maklumat di luar komputer. Biasanya
kalau membeli komputer baru, sudah ada pemacunya di sediakan. Ini berguna untuk
menghidupkan komputer buat pertama kalinya. Sebab biasanya perisian pembuka
program komputer di simpan di dalam disket, sesudah itu barulah setup perisian
window yang di simpan di dalam CD. Disket mempunyai ruang yang kecil ia itu 1.4
MB sahaja. 1,400 KB sahaja. Harganya biasanya RM1.50 hingga RM2.50 sahaja.
Zaman sekarang disket sudah kurang di gunakan, kerana ianya kecil muatannya,
lambat bertindak dan mudah rosak.
☼ SCANNER.(Pengimbas)
Adalah perkakas untuk menyalin (photostat) segala document atau gambar yang
telah siap di cetak untuk di masukkan atau di simpan kedalam komputer.
Kebanyakkan scanner juga boleh bertindak sebagai mesin Photostat. Ada perisian
nya yang di sediakan ketika anda membeli scanner baru. Caranya mudah saja,
letakkan gambar atau document di bawah scanner, di masa yang sama on kan
printer. Ikutlah arahan yang tertera di screen. Banyak jenama scanner ada di pasaran. Sama
hal nya dengan printer, perlu ada CD perisian nya untuk komputer anda mengenali
jenis scanner anda.
☼ PEMACU CD-R / CD-RW.
Kebanyakkan komputer baru biasanya di lengkapi dengan satu pemacu CD-R
sahaja.(boleh membaca sahaja). Anda boleh menambah pemacu CD-RW, (yang boleh
membaca dan menulis) samaada jenis dalaman (di letakkan di dalam casing) atau
jenis luaran (biasanya menggunakan sambungan USB). Pemacu CD-RW berguna untuk
menyalin Document atau gambar yang telah banyak di simpan di dalam Harddisk
komputer anda. Sekiranya berlaku kerosakan pada komputer anda (khasnya
harddisk) CD RW ini pasti akan
menyelamatkan document atau gambar gambar yang telah sekian lama anda buat atau
simpan. Pemacu CD-RW juga boleh dijadikan alat penyalin (pendua) sebarang CD,
VCD,DVD,MP3, CD perisian, CD game dan sebagainya.
☼ CD-R / CD-RW.
Sekiranya ada pemacu CD-RW, pastinya anda juga kena membeli piring CD-R atau
piring CD-RW. Piring CD-R hanya boleh di tulis sekali sahaja. Tidak boleh di
padam padam lagi. Ianya kekal selagi ianya berkeadaan baik. Manakala piring
CD-RW pula boleh di tulis, boleh di padam dan boleh di tulis semula sehingga
1000 kali selagi ianya tidak rosak atau calar. Muatan kedua dua jenis piring
ini ialah 700MB, berbanding disket yang hanya boleh memuatkan 1.4MB sahaja.
Harga sekeping CD-R biasanya antara 0.60 sen hingga RM1.50 sahaja, tetapi
piring CD-RW mahal sedikit antara RM4.00 ke RM6.00 sekeping. Patut pun ianya
boleh di tulis berulang ulang.
☼ PEN DRIVE. Adalah
sejenis alat untuk menyimpan maklumat di luar komputer. Bentuknya kecil sahaja
ia itu kira kira 1cm x 2 atau 3cm sahaja. Ianya di sambung melalui sambungan
USB. Mudah di tanggalkan dan mudah di bawa kemana mana. Ianya hanya boleh di
gunakan pada komputer yang mempunyai perisian window ME atau window2000 ke atas
sahaja. Ianya juga terdapat dalam
pelbagai saiz muatan, dari 32MB, 64MB, 128MB, 256MB, 512MB dan 1GB. Ini bermakna
lebih besar memorinya lebih banyak maklumat yang dapat kita simpan. Melalui pendrive
ini, semua kerja pemindahan, penyimpanan atau penyalinan pelbagai data dapat di
lakukan dengan pantas. Tidak seperti disket yang pergerakannya amat perlahan
dan muatannya yang amat kecil.
☼ CAMERA DIGITAL. Adalah
kamera tanpa kodak atau filem. Tetapi ianya ada memori untuk menyimpan gambar. Memori
nya terdapat dalam pelbagai saiz muatan bergantung pada jenis kamera. Saiznya sama
macam pen drive. Lagi besar memori, lebih banyak gambar yang dapat di ambil. Melalui
kamera digital ini, kita boleh memindahkan terus kesemua gambar gambar ke dalam
harddisk komputer untuk di simpan. Setelah di pindahkan kita boleh memadam atau
delete gambar yang ada dalam memori kamera, untuk membolehkan kita mengambil
gambar di lain kali. Dengan cara ini tak perlu kita membeli lagi memori, cukup
sekali untuk seumur hidup kamera selagi ianya masih tidak rosak. Untuk melihat
gambarnya kita boleh tengok terus melalui komputer. Kalau nak senang gunalah
apa apa perisian yang membolehkan dan memudahkan kita untuk melihat gambarnya. Untuk
menghasilkan gambar sebenar, kita hanya perlu cetak gambar itu menggunakan
printer. Sebaik baiknya gunalah printer khas untuk mencetak gambar, supaya
dapat gambar yang berkualiti. Atau bawa saja kekedai gambar untuk di cetak,
samaada telah di pindahkan melalui pendrive,CDR atau disket. Atau pun terus
saja bawa kamera itu ke kedai gambar. Selain camera digital, VidioCameraDigital
atau telefon berkamera juga mempunyai fungsi yang sama. Mudah di pindahkan ke dalam
komputer untuk di simpan. Kalau dah banyak boleh di simpan di dalam CDR. Dan boleh
padam yang ada di dalam harddisk komputer.
Sebenarnya banyak lagi perkakas lain yang boleh di sambungkan melalui komputer.
Untuk kali ini cukup saya terangkan mana yang penting dan biasa di gunakan
sahaja dulu.
Sebelumnya; Membena laman Web. Seterusnya Perisian tambahan.