SIRI BELAJAR KOMPUTER 12.

 

 

PERISIAN TAMBAHAN.

 

Selain perisian utama komputer anda ia itu seperti window98, window2000 atau windowXP2002. terdapat banyak perisian tambahan lain yang boleh anda masukkan ke komputer anda. Tanpa perisian tambahan ini penggunaan anda munkin terhad, tidak semua kerja dapat anda lakukan. Berikut saya terangkan serba sedikit perisian tambahan yang sering kita perlu gunakan. Kebanyakkan perisian perisian tambahan ini boleh anda beli di kedai kedai komputer. Atau anda boleh juga muat turun melalui internet.

 

MICROSOFT OFFICE.

Microsoft Office merupakan perisian utama kerja kerja penulisan atau pembuatan data. Ia meliputi Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Power Point, Microsoft Front Page, Microsoft Access dan Microsoft Outlook. Tugas tugas perisian ini telah pun saya terangkan sebelum ini.

 

PRINTER.

Setiap kali anda membeli printer baru pasti ada di sertakan CD printer. CD ini perlu anda install (masukkan perisiannya) ke komputer anda agar printer anda dapat berfungsi.

 

ANTI VIRUS.

Satu perisian yang perlu ada dalam komputer anda. zaman sekarang banyak kita dengar perbagai jenama virus menyerang atau memasuki komputer anda yang boleh menyebabkan komputer anda rosak atau tidak berfungsi dengan betul lagi. Perisian Anti Virus boleh menghalang atau membagitau kita akan adanya virus yang cuba masuk ke komputer anda. Biasanya  virus boleh memasuki komputer anda melalui talian internet, ia boleh menumpang melalui laman2 web atau emel2 anda. Namun ia boleh juga berjangkit dari disket, pendrive, CD atau apa saja perkakas orang lain yang telah di jangkiti virus. Oleh itu hati hatilah bila menggunakan perkakas orang lain. Kalau komputer anda ada perisian AntiVirus, anda boleh tengok dulu(scan) setiap perkakas orang lain itu, ada tak virus???. Kalau ada jangan buka sebelum virus itu di bunuh.

 

NERO EXPRESS.

Ini adalah satu perisian untuk menyalin document(maklumat), gambar gambar atau lagu lagu ke dalam piring CD-R @ CD-RW. Tanpa perisian seperti ini mustahil anda boleh menyalin terus ke dalam CD. Kita tidak boleh terus Save As atau Copy dan Paste terus ke dalam CD.

CD-R @ CD-RW hanya boleh di tulis melalui perisian tertentu seperti ini.

 

ACD See.

Adalah perisian untuk melihat, mangakses atau mengedit gambar sahaja. Dengan perisian ini anda mudah melihat dan mencari gambar2 yang telah anda kumpulkan. Anda boleh melihat gambar sepenuh screen monitor dan boleh menggerakkan dengan slideshow. Anda juga boleh mengedit, memindah,menyalin, menukar nama gambar, menambah folder gambar dan pelbagai cara melalui perisian ini.

 

WIN ZIP.

Perisian ini berguna untuk memampatkan document atau data anda sehingga menjadi saiz yang lebih kecil. Tetapi tidak boleh untuk gambar atau lagu2. Contohnya sesuatu data yang bersaiz 100kb boleh di mampatkan sehingga tinggal 50kb sahaja. Win Zip juga boleh di jadikan beg berkunci untuk fail2 atau document2 penting anda di simpan (berkunci kata laluan).supaya tidak boleh di baca oleh orang lain.

 

ACROBAT READER.

Adalah satu perisian untuk pembaca web. Sesetengah laman web menulis artikel mereka melalui Acrobat. Sekiranya komputer anda tidak ada perisian pembaca Acrobat ini, tak dapat lah anda membaca segala artikel laman web mereka.

 

WINAMP.

Perisian ini berguna untuk memainkan lagu lagu, biasa nya lagu lagu berfomat MP3. dengan perisian ini mudah untuk kita memilih apa saja lagu yang tersimpan dengan mudah dan pantas. Winamp 3.0(Support VCD) boleh juga di gunakan untuk menonton VCD melalui komputer anda.

 

JET AUDIO.

Perisian ini juga untuk memainkan lagu lagu CD, MP3 atau VCD. Kelebihannya perisian ini boleh merakam suara anda sendiri dengan menyambungkan microfon di belakang komputer anda. anda boleh simpan suara yang anda rakamkan ke dalam komputer. Dan boleh mainkannya semula pada bila bila masa.

 

QUICK TIME.

Juga perisian untuk lelagu atau vidio. Sesetengah gambar Vidio Camera yang anda masukkan dalam komputer tidak dapat di lihat menggunakan perisian sedia ada. Namun dengan perisian Quick Time semuanya boleh. Anda cuba lah.....

 

CYBERLINK POWER DVD.

Adalah perisian khas untuk menonton VCD atau DVD melalui komputer anda. Dengan perisian ini anda boleh mengambil gambar gambar ketika VCD sedang di mainkan untuk di simpan sebagai koleksi anda.

 

MIRC.

Adalah satu perisian untuk berborak atau bersembang melalui internet. Dalam satu masa anda boleh bersembang (chating) dengan ramai orang lain di internet. Caranya hanya dengan menaip kata kata lah, tak ubah lah macam SMS, Cuma kelebihannya boleh ramai orang dalam satu masa.

 

ULEAD PHOTO.

Adalah perisian untuk mengedit gambar. Anda boleh menghias gambar, meletakkan frem, mengubah rupa bentuk, mengubah kedudukan, membanyakkan gambar, menyelitkan gambar2 lain di sisi gambar anda, mengkuruskan, menggemukkan, merubah wajah jadi menakutkan atau kelakar, boleh memotong(gunting) dan macam2 cara anda boleh lakukan dengan perisian ini. Di sini terdapat juga album khas untuk menyimpan gambar2 anda. boleh di mainkan secara slideshow berserta musik latar belakang. Boleh juga untuk membuat album gambar web.

 

PHOTO SUITESE.

Juga perisian untuk mengedit gambar. Tetapi ini lebih baik untuk mengedit gambar yang ingin di cetak. Kita boleh mengecilkan saiz gambar untuk saiz 3R, 4R, 6R, 10R. Juga boleh mencerahkan atau menggelapkannya.

 

PRINT ARTIST.

Ini adalah perisian untuk anda membuat kad jemputan, poskad, kad nama dan pelbagai jenis kad yang di sediakan. Banyak terdapat gambar2 khas yang telah di sediakan. Begitu juga bentuk2 dan jenis2 tulisan semuanya boleh anda buat mengikut citarasa anda.

 

GAMES.

Perisian ini adalah yang paling di gemari terutamanya anak anak. Terdapat begitu banyak perisian games di pasaran. Ada perisian games yang boleh anda terus install ke komputer anda (tidak perlu pasang CD sewaktu bermain games) ada juga yang terpaksa menggunakan CD sewaktu bermain games. Bergantung pada kehendak pengeluar games tersebut. Apa apa pun selalunya kita kena install dulu baru boleh main. Perisian games ini pun bergantung pada keupayaan komputer anda. sekiranya komputer anda berkuasa rendah, pastinya tidak dapat anda bermain games yang berkuasa tinggi.

 

 

Sebenar nya banyak lagi perisian2 yang ada. Senarai di atas adalah yang pernah dan selalu saya gunakan sahaja. Bagi mereka mereka yang berkerja di bidang tertentu pastinya menggunakan perisian khas untuk kerja komputer mereka.

 

 

 

 

Sebelumnya; Perkakas tambahan.                                 Seterusnya;  Masaalah dan Penjagaan