Make your own free website on Tripod.com

Atok Angah Banjar

Pertamanya saya mengucapkan syukur ke hadrat ALLAH swt, kerana dengan izin NYA ini dapat saya menyiapkan halaman web ini. Walaupun ianya tidak begitu lengkap, tidak sebaik mana, atau tidak secantik mana pun, namun saya tetap merasa seronok dan berbangga dapat menyiapkannya.

Saya berharap pada anak anak khasnya, jadikan lah laman web yang saya bena ini sebagai teladan atau contoh ikutan pada anak anak untuk membuatnya juga. Saya percaya dengan usaha yang sungguh sungguh, semangat yang tinggi, serta minat yang mendalam, pasti akan membuahkan hasil yang di kehendaki.

Di sini saya memohon jutaan ampun dan maaf andainya ada kesalahan atau kesilapan atau menyentuh hati sesiapa pada semua kandungan laman web ini. Di kesempatan ini juga saya mendoakan akan kejayaan anak anak semua. Termasuk lah anak anak angkat yang berada di seluroh Malaysia ini. Harapan kami juga, ingat ingatlah kami di sini. Kalau ada kelapangan datang datang lah berkunjung lagi. Doa kami seterusnya semuga semuanya  Berjaya di dunia dan berjaya juga ke Akhirat yang kekal abadi.

Akhir kata sambutlah salam dari saya.(AhbA) dan Keluarga.