SIRI BELAJAR KOMPUTER 04.

 

 

 

MICROSOFT EXCEL.

      

         Ialah satu perisian untuk  kerja penulisan dan pengiraan.  Segala kemudahan yang terdapat di sini hampir sama dengan Microsoft Word. Cuma  ianya di tambah lagi dengan beberapa kemudahan tambahan seperti AutoSum, Chart Wizard dan lain lain. Helaian ini mempunyai garis-garis halus berpetak. Disebelah atasnya terdapat bar berhuruf A,B,C hingga ke penghujungnya, di sebut Column. Manakala di kirinya terdapat bar bernombor 1.2.3 hingga kepenghujungnya, di sebut  Rows. Di bawahnya terdapat butang Sheet1, Sheet2 dan Sheet3. (untuk beberapa lapisan helaian). Helaian ini tidak kelihatan sempadannya, ianya terlalu lebar dan terlalu panjang. Saya sendiri tidak pernah jumpa penghujungnya.

           Untuk memulakan penulisan anda cuma klik petak dimana anda mahu memulakannya. Di bawah ini disenaraikan beberapa kemudahan yang terdapat di dalam Microsoft Excel.

 

v     Auto Sum. Ia bertujuan untuk mengira jumlah beberapa nombor yang anda taipkan. Caranya setelah anda taip senarai nombor yang ingin dicampur(tambah). Tekan dan seret tetikus mengikut urutan nombor yang di taip dari awal hingga akhir (lebihkan satu atau 2 petak) dan lepaskan tetikus(mesti berubah warna). Klik pada butang OutoSum. Anda akan mendapat jumlah jawapannya di petak terakhir seretan. Untuk pengiraan tolak (-), anda perlu meletak tanda (-)didepan sesuatu kumpulan nombor tersebut. Dan buat seperti tadi.

v                                   

                             

 

Untuk mencampur. Caranya ; tunjuk tetikus pada angka 456 (A11). Tekan dan seret tetikus ke bawah hingga ke petak (A15).lepaskan tetikus. Klik pula pada Auto Sum () di bar di atas. Jawapannya akan wujud di petak A15.

 

Untuk menolak seperti contoh di gambarajah di atas. Tunjuk tetikus pada angka 7954 (petak  C11). Tekan dan seret ke bawah hingga ke petak C15 dan lepaskan tetikus. Klik pada Auto Sum di bar di atas.

 

Cara di atas tidak boleh di lakukan untuk mendarab atau membahagi.

 

Satu lagi cara pengiraan mudah untuk menambah,tolak, darab atau bahagi. Sesuatu angka dari petak lain ke petak berlainan.

Contohnya angka digambarajah di atas 456 berada di petak (columns-A) (rows-11).

                                     Angka lain             421 berada di petak  (columns –A) (rows12).

Anda ingin mencampurkan 456 dengan 421 dengan jawapan di tempat lain. Contoh di (coloumn –A) (rows15).

Caranya:

tandakan (klik sekali) kotak  columns-A rows-15 – untuk petak jawapan.

Taipkan tanda = (samajuga) pada ruang kosong bar di atas (insert Functions).

Terus taipkan =A11+A12

Tekan Enter  Jawapannya pasti wujud di petak A15.

Kalau nak tolak taipkan:  =A11-A12 tekan enter. Jawapan akan wujud di petak A15

Kalau nak darab       =A11*A12 enter.  Tanda darab gunakan tanda *

Kalau nak bahagi    =A11/A12 enter.    Tanda bahagi gunakan tanda /

Kalau nak menambah banyak angka. Contoh 456+421+741+125

Caranya taipkan di ruang insert Functions  =A11+A12+A13+A14 baru tekan enter.

 

 

 

v     Chart Wizard. Ia bertujuan untuk membuat graf atau carta. Caranya setelah siap senarai (text) nama dan bilangan yang ingin di buat carta, cursor kan kesemua text (perkataan dan nombor) tersebut dengan menekan dan seret tetikus dari penjuru kiri atas hingga ke penjuru kanan bawah. Lepaskan tetikus dan klik Chart Wizard. Pelbagai pilihan corak disediakan, pilih salah satu, seterusnya klik finish.

 

 

 

 

 

v     Sheet.  Sheet pada bar di bawah merupakan beberapa lapisan helaian pada files yang sama. Untuk menambahkan Sheet klik Insert pada bar diatas,pilih Worksheet dan klik padanya.  Untuk membuang sheet, klik kanan pada sheet yang mana satu pada bar dibawah, pilih Delete dan klik, kemudian OK. Untuk menukar nama sheet (mengikut kemudahan anda) klik kanan pada sheet dibawah, pilih dan klik Rename, taipkan nama sheet yang sesuai.

v     Columns.  Ialah garisan-garisan halus pemisah dari atas kebawah, bertanda A,B,C,D,E,F dan seterusnya. Untuk menjarakkan atau mengecilkan columns, arahkan tetikus ke bar A,B,C itu, hingga penunjuk tetikus berubah menjadi palang 4, tekan disitu dan seret ke kanan atau kekiri. Sekiranya anda telah menaip beberapa columns, anda memerlukan satu column lagi ditengah tengahnya (yakni ketinggalan)  klik pada mana mana column yang dikehendaki (mesti berubah warna), klik Insert, pilih dan klik Columns. Untuk memadam sebaris column, klik Delete.

v     Rows. Ialah garisan-garisan halus melintang dari kiri ke kanan, bertanda nombor 1.2.3.4.5 dan seterusnya. Untuk menjarak, menambah atau memadam rows, caranya sama seperti cara columns tadi, cuma klik pada nombor 1,2,3 itu sahaja bezanya.

v     Cells. Ialah untuk menambah ruang di tengah tengah antara column dan rows (yakni ketinggalan data). Caranya corsor kan tetikus dimana hendak ditambah ruang(mesti berubah warna), klik insert, klik Cells, pilih dan klik Shift cells down, seterusnya OK.

v     Sort Ascending. Butang berlogo A-Z. Ialah untuk menyusun senarai nama mengikut Abjad dari A di atas dan Z dibawah. Caranya klik pada bar columns diatas, klik logo A-Z(Sort Ascending). Senarai nama akan tersusun secara outomatik. Untuk menterbalikkan susunan klik Z-A(Sort Descending).

v     Increase Decimal. Apabila anda menaip nilai RM dan sen, misalnya RM2.00 = kelihatan 2 sahaja. RM2.50 = 2.5 sahaja, 40 sen = 0.4 sahaja, angka sifar dibelakang point (.) tidak wujud. Untuk membetulkan keadaan ini, klik lah pada Increase Decimal. Sekiranya terlebih wujudnya sifar di belakang point, klik pula Decrease Decimal.

v     Sempadan helaian. Untuk mengetahui sempadan helaian (untuk printer). Klik File, klik Page Setup, klik Potrait (untuk helaian memanjang kebawah). Klik OK. Atau klik LandScape (untuk helaian melintang), klik OK. Ini penting anda ketahui sempadannya, bila nak print nanti tidak lah terkeluar dari helaian yang di kehendaki.

v     Margins. Ialah untuk mengubah ruang  kosong di atas, bawah, kiri dan kanan helaian yang anda taip.

v     Printer. Sebelum anda mencetak helaian yang anda buat, pastikan teks yang anda taip tidak terkeluar dari sempadan helaian. (rujuk pada sempadan helaian diatas) sekiranya anda terus saja klik Printer dan OK, garisan-garisan pemisah columns dan rows tidak akan wujud di kertas printer. Untuk mendapatkan garisan-garisan tersebut, sebelum printer, klik File, klik Page setup, pilih dan klik Sheet, tandakan Gridlines, seterusnya barulah klik Printer. Row and Column heading ialah untuk mencetak sempadan keliling helaian anda. Untuk menyemak sebelum printer anda boleh klik Print Preview.

v     Outside Border. Ini adalah untuk membena garisan garisan sempadan yang di perlukan. Samaada keliling, kiri saja, kanan saja,atas saja atau bawah saja. Atau juga untuk memadam semula garisan pemisah kekotak. Caranya klik dan seret tetikus setakat mana diperlukan, klik butang kecil outside border, pilih mana yang sesuai dan klik.

v     Lain lain kemudahan. Adalah sama seperti yang telah diterangkan di dalam bab Microsoft Word. Apa yang paling penting anda hendaklah selalu mencuba tanpa rasa jemu atau bosan.

 

 

 

 

    Sebelumnya Microsoft Word.                        Seterusnya Microsoft Power Point

 

 

 

Di sediakan sendiri oleh AhbA.