SIRI BELAJAR KOMPUTER 05.

 

 

 

 

MICROSOFT POWER POINT.

 

 

 

           Microsoft Power Point merupakan satu lagi perisian kerja yang cukup bagus. Ianya sesuai untuk kerja kerja penulisan, penyimpanan data, carta, gambar-gambar juga untuk data bunyi atau suara. Ianya selalu di gunakan oleh penceramah penceramah, guru guru atau pensyarah pensyarah untuk menyampaikan mesej mesej tertentu sebagai pembelajaran atau penerangan. Ia nya sesuai di tayangkan melalui projektor komputer ke layar putih.

 

            Untuk membuka helaian ini, klik Start, pilih program dan klik pada microsoft power point. Akan timbul lah satu helaian kosong Microsoft PowerPoint-[Presentation1]. Kalau anda membuka melalui New Office Document. Ia itu klik butang Start di bawah, pilih dan klik New Office Document, klik lah pada Presestations. Anda di beri banyak pilihan corak bagaimana MPPoint yang anda mahukan. Atau klik pada Disign Templates, sama juga banyak pilihan. Di situ sudah di siapkan latar belakang, bentuk tulisan dan sebagainya, anda cuma perlu mengubah suai dan Save kan ke atas nama pilihan anda sendiri.

 

        Kalau anda sudah biasa dengan perisian microsoft word, tidak ada masaalah disini. Hampir kesemua butang butang kemudahan yang diperlukan adalah sama sahaja. Yang penting anda rajin mencubanya. Cuma ada beberapa kelebihan yang terdapat di sini.

 

New Slide. Untuk menambah helaian Slide. Klik pada New Slide, akan keluar  Slide Layout pilih lah macammana yang anda perlukan, samaada kertas kosong, kiri tulisan kanan gambar atau sebaliknya, berbagai pilihan di situ.

 

Slide Design. Adalah pilihan untuk warna (colour Schemes) dan corak(Disign Templates) latar belakang yang telah di sediakan.

 

♣ Sekiranya anda inginkan latar belakang pilihan anda sendiri, klik pada Format, klik Background, klik pada butang ▼di sebelah kotak kecil itu. Pilih dan klik Fill effects. Ada 4 pilihan Gradient, Texture, Pattern dan picture. Kalau memilih pictures, klik lagi pada Select Picture. Ia akan menghubungkan nya ke Folder My Pictures untuk anda membuat pilihan. Dah dapat klik Apply untuk sehelai slide. Apply to All untuk semua slide.

 

♣ Untuk menulis tajuk klik saja pada Clik to add title. Mesej lain klik pada Click to add subtitle. Kalau tak mahu kekotak tulisan ini, klik di tepi bingkai kotak tulisan tekan delete pada papan kekunci. Atau klik kanan tetikus pada bingkai kotak pilih dan klik cut. Kalau nak mendapatkan semula kekotak tulisan klik insert, pilih dan klik Text Box.

 

Memasukkan gambar. Pilih slide yang ada kekotak mudah memasukkan gambar dan sebagainya. Klik insert pictures, pilihlah gambar yang tersedia di dalam my Picture komputer anda.

 

Memasukkan lagu. Klik insert, pilih dan klik Movies an Sound. Klik pada Sound from file. Pastikan anda terlebih dahulu ada menyimpan files lagu di dalam my document. Atau di lain lain folder komputer anda.

 

Slide Show. Untuk membuat tayangan klik Slide Show, pilih dan klik View Show. Paparan page 1 akan memenuhi screen komputer anda. Untuk menayang page seterusnya tekan space bar pada papan kekunci. Untuk kembali ke asal, tekan Esc pada papan kekunci.

 

Gerakkan sendiri Slide Show. Klik Slide Show, pilih dan klik Slide Transtions. Di bawah ruang Advance Slide tandakan (rait) pada Automatically after dan set kan masa berapa saat untuk berubah. Kemudian klik Apply toAll Slide. Sebelum itu anda boleh memilih, corak pergerakan mana yang anda rasakan cantik ketika mengubah dari satu slide ke satu slide seterusnya. Caranya di ruang Apply to selected slide, ada banyak pilihan corak. Klik salah satu darinya. Pada Modify transitions. Anda juga boleh mengubah kelajuan pergerakan (Speed), kepada Fast, Slow atau Medium. Pada Sound, boleh juga pilih, bunyi bagaimana yang anda suka ketika di gerakkan nanti.  Sebelum Save As, Anda boleh mencuba nya beberapa kali dengan meng klik butang  Play atau butang Slide Show di bawah tu.

 

Animation Schemes.  Ini adalah untuk menggerakkan apa saja yang anda buat di helaian MPPoint. Termasuklah gambar, tulisan, carta atau apa saja yang anda muatkan. Untuk mendapatkan senarai pilihan klik pada Slide Show pada bar di atas, pilih dan klik pada Animations Schemes. Anda boleh memilih mana satu corak yang anda mahukan.

 

Custom Animaton. Sekiranya terdapat lebih dari satu atau banyak objek yang nak di gerakkan pada satu satu helaian (satu slide) itu. Anda boleh memilih Custom Animation ini. Caranya klik Slide Show, pilih dan klik Custom Animaton, kemudian klik sekali pada objek di MPPoint. Klik pula Add Effect. Di dalam Add Effect ada 4 pilihan.

 

  1. Entrance: menggambarkan daripada tiada (tidak kelihatan) akan jadi ada atau wujud. Klik pada Entrance, klik pula pada More Effects. Pilih lah cara macammana datangnya objek itu, samaada terbang melayang, jatuh satu persatu, dari kecil jadi besar, ada pelbagai macam pilihan di situ.
  2. Emphasis: Menggambarkan pergerakan ada ke ada. Samaada perubahan warna, pergerakan setempat dan sebagainya.
  3. Exit: Menggambarkan dari ada kepada tiada (menghilang). Caranya klik Exit, klik pula pada More Effects. Pilih lah cara macammana ia menghilang atau jatuh sehingga tidak kelihatan.
  4. Motion Paths. Menggambarkan pergerakan yang kita kehendaki. Anda boleh pilih pergerakan lurus ke kanan, kiri,atas, bawah, keliling dan sebagainya mengikut garisan yang anda letakkan atau lakarkan.  Untuk mencubanya klik Play. Atau Slide Show.

 

Kesemua pergerakan ini memerlukan kreatif anda sendiri menentukannya. Anda boleh menentukan macammana saja pergerakkan yang di kehendaki. Walaupun Cuma satu objek, ia nya boleh di buat berulang ulang, samaada dari tiada ke ada, seterusnya menghilang kemudian muncul lagi, macam macam boleh buat, memang Power. Lebih cantik lagi kalau sesuatu tulisan di gerakkan cara ini. Contohnya, Entrance Swish, akan kelihatan setiap huruf-huruf perkataan itu akan jatuh satu persatu dari atas sehingga siap terbena satu perkataan atau ayat.

 

Remove. Sekiranya anda tidak mahu pergerakkan tersebut, atau tersalah buat, atau mahu memilih yang lain,  klik sekali objek itu, klik Remove. Pilih lah corak yang baru.

 

Direction. Adalah pilihan samaada datang dan perginya dari atas, bawah, kiri kanan atau penjuru.

 

Speed. Pula adalah kelajuan sesuatu pergerakan, samaada Very Slow, Slow, Medium, Fast atau Very Fast.

 

       Setiap objek yang anda muatkan kenalah sesuai dengan dengan jalan cerita, Anda harus mengetahui yang mana harus di gerakan terlebih dahulu. Dan mana pula harus di kemudian kan. Kalau tidak nanti tonggang terbalik lah jawapnya.

 

        Anda juga boleh mengubah kedudukan Slide sekiranya di rasakan tidak sesuai. Contohnya mengubah Slide no5 ke kedudukan no2.  Senang jee. Di sebelah kiri MPPoint itu tersenarai Slides 1 hingga seterusnya. Tekan dan seret saja Slide no5 ke atas hingga ke tangga ke2, maka berubah lah kedudukannya. Selain susunan Slide, anda juga boleh memilih susunan Outline ia itu Normal View. Tiada Slide gambar di sini tetapi menunjukkan segala tulisan yang anda buat. Slide Sorter View pula menggambarkan kedudukan gambar tersusun memenuhi screen komputer anda. Ini lebih mudah anda menyemak atau membuat pertukaran tempat.

 

        Cara mudah untuk anda mengecilkan atau membesarkan gambar yang anda masukkan. Anda Cuma perlu mengenakan tunjuk tetikus ke penjuru gambar tersebut, tekan dan seret tetikus sehingga setakat mana yang di perlukan. Bagitu juga halnya untuk mengalih sesuatu kedudukan gambar atau apa saja, tekan pada gambar itu, seret kemana anda hendak letak. Kalau tulisan yang nak di alih ia perlu di tekan dan seret pada frem atau kekotak tulisan itu.

 

        Anda juga boleh memasukkan gambar yang sedia bergerak sendiri iaitu gambar berformat GIF’ yang selalu di gunakan di dalam helaian atau Laman Web. Gambar gambar ini akan bergerak dengan sendirinya bila di di Slide Show kan nanti, sama seperti pergerakan di Laman Web.

 

         Akhir kata dari saya SELAMAT MENCUBA.

 

 

 

Sebelum nya; Microsoft Excel.                                 Seterusnya; Paint.

 

 

Disediakan sendiri oleh AhbA.