SIRI BELAJAR KOMPUTER 10.

 

 

MEMBENA LAMAN WEB PERIBADI.

 

 

Cam ne nak buat laman Web peribadi atau persendirian punya.

 

Senang jee........

Tak payah susah susah nak fikir macammana. Bahasa HTML kee.bahasa komputer kee. Buat jee macam biasa anda membuat sebarang document dan menyimpannya seperti selalu. Anda boleh gunakan terus Microsoft Front Page (seperti yang saya terangkan di bawah). Atau boleh juga menggunakan Microsoft Word, Microsoft Excel atau Microsoft Power Point. Dengan syarat bila nak Save pastikan Save As web Page.  Maka jadilah helaian Web.  Cuma ada sikit sikit beza jee. Akan saya terangkan di bawah ini. SELAMAT MENCUBA.

 

     Pertamanya. Buat satu Folder khas untuk menyimpan semua file file yang berkaitan web_anda. Buatlah di dalam My document kee, atau di mana mana di dalam Harddisk komputer anda.asal senang anda mencari dan mencapainya. Adalah lebih baik anda buat di dalam PenDrive (kalau adalah) sebab ini lebih selamat. Anda mesti menyimpan kesemua helaian kerja web anda di dalam folder khas ini. Folder web anda ini penting anda simpan sampai bila bila selagi anda mahu mengaktifkan, memperbaharui atau mengubahsuai laman web anda.

 

      Keduanya. Kumpulkan file file gambar bergerak(animation), latar belakang, bar, kalimah, lelagu berformat MID (bersaiz kecil) yang  anda perlukan di dalam folder khas web_anda tersebut. Anda boleh mendapatkan gambar gambar tersebut melalui internet seperti http//www.clipart.com ataupun http://www.corbis.com. Fail-fail grafik untuk laman web biasanya mestilah dalam format GIF (*.gif) atau JPEG (*.jpg). Kalau malas nak cari kat internet, boleh menghubungi saya. Saya ada menyimpan banyak file file yang di perlukan untuk sesabuah laman web. Anda juga boleh memuatkan gambar anda sendiri, dengan Syarat gambar itu hendaklah dikecilkan terlebih dahulu saiznya sehingga kurang daripada 80KB.

 

      Ketiganya. Bukalah Program Microsoft Front Page. Biasa nya akan timbul helaian kosong bertajuk new_page_1.htm. pastikan ianya helaian page ‘Normal’. Di situlah anda boleh melakar atau menulis apa apa saja tentang laman web anda. Kalau anda sudah biasa dengan M-Word, saya rasa tak ada masalah anda membuat kerja di situ, Cuma ada beberapa kelebihan saja di dalam M-Front Page, seperti Tulisan bergerak.  Sebelum ada melakar laman web anda sendiri, anda di nasihatkan tengok tengoklah dulu beberapa laman web orang lain di internet. Ini bertujuan untuk anda membuat contoh, panduan atau pedoman bagaimana corak atau bentuk laman web anda yang anda mahukan. Tapi jangan tiru bulat bulat cam ne rupa laman web orang lain. Anda mesti cipta sendiri bagaimana rupa laman web anda. Semakin anda kreatif semakin cantiklah laman web anda.

 

MEMULAKAN CORETAN LAMAN WEB.

Menggunakan Microsoft Front Page.

 

1. LATAR BELAKANG. Klik Format, klik Background kemudian klik Browse. Anda mesti Browse(cari) di dalam folder khas web_anda. Klik pada icon gambar latar belakang yang telah anda simpan itu dan klik OK. Kalau tak nak berlatar belakang, boleh juga, sekadar helaian putih sahaja. Kalau hendak latar belakang berwarna lain sahaja, boleh juga, anda pilihlah Background Colour.

 

2. MEMBUAT TULISAN. Biasanya sama cara dengan M-Word. Anda boleh mengubah saiz tulisan, warna tulisan jenis tulisan dan sebagainya. Pilihlah yang bersesuaian. Kalau latar belakangnya berwarna hitam(gelap), anda mestilah membuat tulisan dengan warna yang cerah seperti putih, kuning atau hijau.

 

3. MEMASUKKAN butang, kalimah, bar atau sebagainya. Terlebih dahulu letakkan penunjuk tetikus dimana anda hendak meletakkannya, kemudian Klik pada Insert Picture From File. Pastikan kesemua gambar mesti diambil dari folder web_anda yang telah disediakan terlebih dahulu. Letakkan lah di mana anda rasakan sesuai.

 

4. MEMASUKKAN GAMBAR SENDIRI. Selalunya gambar yang di ambil melalui Camera atau Scanner bersaiz besar antara 700KB hingga 2000KB atau lebih. Anda hendaklah mengecilkan saiz gambar tersebut terlebih dahulu hingga kurang dari 80MB. Ini bertujuan untuk memudahkan anda menghantar (uplood) gambar2 ini ke internet.dan mudah juga orang lain nanti membukanya. Kalau gambar itu bersaiz besar, masa yang di ambil untuk uplood adalah terlalu lama, sekeping pun sampai 15 minit ke 30 minit. Tetapi kalau saiznya di kecilkan ia boleh di kurangkan antara ½ minit hingga 2 atau 3 minit sahaja.  Caranya sebelum anda membuat laman web ini. Editlah gambar itu dahulu. Buka program Microsoft Power Point. Buatlah beberapa slide jumlah keping gambar yang mahu anda kecilkan. Setiap satu slide itu masukkan (insert) sekeping gambar asal bersaiz besar. Sebenarnya anda boleh menarik bucu gambar itu untuk membesarkannya atau mengecilkan nya sedikit lagi. Besar jangan sampai melebihi kotak helaian Microsoft Power Point itu sudahlah. Pada slide ke dua insert lagi sekeping gambar lain. Bagitulah seterusnya. Kemudian Save As Web Page atas nama(rename) gambar ke dalam My Document. Jangan save terus ke folder web_anda. Buka My Document di situ ada Folder gambar_files Buka folder gambar_files tersebut. Di dalamnya ada banyak gambar dan icon icon lain. Semak setiap gambar anda di situ, pasti ada 2 keping setiap satu yang sama. Yang satu besaiz asal dan yang satu lagi bersaiz kecil. Pilih (copy) gambar gambar yang bersaiz kecil sahaja. Copy dan paste kan ke dalam Folder baru bernama (contoh)gambar_sendiri yang anda buat di dalam Folder web_anda. Anda boleh rename kan semula gambar gambar ini mengikut kegemaran anda. Tapi dengan syarat jangan guna huruf besar, jangan ada tanda2 bacaan atau jangan jarak dua perkataan. Anda boleh lupakan gambar asal di dalam my document tadi atau boleh juga membuang kesemuanya. Ini tidak di perlukan lagi. Yang anda perlukan ialah gambar kecil yang telah anda copy dan paste itu sahaja.

 

5. MEMASUKKAN LAGU LATAR BELAKANG. Klik pada Format, Background. Pilih General. Kemudian Browse pada Background sound. Pastikan lagu itu juga mesti diambil dari folder web_anda. Setelah ada klik OK. Pastikan lagu lagu itu bersaiz kecil MIDI biasanya antara 20KB hingga 60KB sahaja. Tidak boleh pada lagu lagu format MP3, CD atau VCD atau lain lain yang bersaiz besar.

 

6. DRAWING. Anda juga boleh menggunakan apa saja perkakas yang terdapat dalam Drawing itu. Akan tetapi biasanya bila anda save as kan helaian ini kedalam Folder web_anda, (contoh) atas nama ‘web_anda’, akan wujud satu folder lain bernama ‘web_anda_files’. Di dalamnya mengandungi gambar gambar yang komputer buat secara outomatik hasil kerja dari Drawing yang anda lakukan. Jangan dibuang Folder ini.

 

7. MENGGERAKKAN TULISAN. Biasanya tulisan ini dibuat bersaiz besar dan merupakan Tajuk sesuatu halaman itu. Cursor kan  pada tulisan yang hendak digerakkan itu. Klik pada Web Component, pilih Marquee dan klik Finish. Akan timbul Marquee Properties, di situ pilih lah samaada gerakan dalam bentuk Scrool, Slide atau Alternate, kemudian OK. Untuk melihat contoh web yang anda buat, klik pada Preview.

 

8. MEMASUKKAN TARIKH. Klik Insert, pilih Insert Date and Time. Dan klik disitu. Dalam Display, pilihlah Date this page was  last outomatically updated. Dan pilihlah bentuk tarikh yang bagaimana anda kehendaki. Ini bertujuan sekiranya ada meng Edit laman web ini di masa akan datang, tarikh itu akan berubah secara  outomatik mengikut tarikh hari anda mengubah suainya.

 

9. SAVE AS. Setelah siap lakaran web anda yang pertama ini, Anda perlu Save As kan terus kedalam Folder web anda. Sekiranya laman ini adalah muka pertama namakan ianya ‘index’. Nama index merupakan helaian web yang akan mula mula di cari oleh siver bila dilancarkan nanti. Kemudian bukalah New Page of Web, untuk melakar helaian yang kedua. Ikuti langkah langkah seperti di atas. Bila dah siap Save As kan juga ke folder web anda atas nama lain. Contohnya keluarga_saya, biodata, kenangan2006, memori_semalam, cerita_ku atau apa_saja. Pastikan Wajib setiap nama sesuatu helaian hendaklah ditulis dengan huruf kecil, tidak boleh ada tanda . (titik@noktah) atau juga lain lain tanda dalam tulisan, juga tidak boleh di jarakkan. Contohnya sekiranya nama helaian yang di kehendaki ‘keluarga saya’. Ia hendaklah ditulis keluargasaya atau keluarga_saya  Taruk sempang dibawah pemisah. Buatlah beberapa helaian seterusnya, dengan nama yang berbeza dan senang anda ingati dan fahami. Tapi ingat setiap objek apa yang hendak di masukkan, pasti di ambil dari folder khas web_anda.

 

         Anda di nasihatkan tidak mengisi terlalu banyak icon, gambar atau tulisan pada helaian pertama anda ‘index’. Juga tidak boleh memasukkan latar belakang lagu pada helaian index. Ini akan melambatkan atau menyukarkan siver mencari laman web anda nanti. Adalah lebih baik sekadar meletak sebuah butang masuk, ia itu hyperlink ke helaian ke dua. Di helaian kedua ini lah anda boleh menempatkan segala tajuk helaian web anda yang akan di hyperlink kan ke lain lain halaman.

 

10. BUTANG HYPERLINK. Hanya di gunakan setelah kesemua helaian siap di taip atau di bena. Ia bertujuan untuk menyambungkan helaian anda ini ke helaian lain lain web anda. Anda boleh buat samaada menggunakan Icon(gambar yang  anda masukkan), sesuatu perkataan atau apa saja. Klik sekali atau cursor kan apa yang nak di link kan tadi, (disambungkan) kemudian klik pada simbol Hyperlink. (atau klik kanan objek tersebut, pilih Hyperlink). Akan timbul Insert Hyperlink. Anda mesti pastikan dan tahu mencari dengan tepat apa yang ingin anda sambungkan. Contohnya anda nak menyambungkan dari helaian1 ke helaian2. pastikan helaian2 itu mesti berada di dalam folder yang sama. Anda boleh menulis apa apa juga berkaitan link itu di dalam Screen Tip, sudah tu klik OK. Hyperlink juga boleh kita gunakan untuk menyambung kemana mana laman web orang lain di dunia ini. Tuliskan saja alamat web itu dengan tepat di ruang yang di sediakan. Contohnya di muka pertama web_anda ada butang sambungan YAHOO. Kursorkan pada butang YAHOO itu, klik hyperlink, bila timbul Insert Hyperlink, di kotak yang di sediakan terus saja taipkan http://www.yahoo.com . boleh juga menulis apa saja di ruang Screen Tip yang di sediakan. Bagitu juga dengan sambungan emel. Anda boleh buat hyperlink dengan terus menaipkan alamat emel anda dengan betul dan tepat.

 

11. EDIT. Apabila sesuatu helaian itu telah siap di save kan ke bentuk Microsoft Intertnet Explorer. Ianya tidak boleh di ubah suai sesuka hati lagi. Caranya buka helaian web tersebut, klik butang Edit with Microsoft FrontPage. Sesudah terbuka, bolehlah tutup helaian Microsoft Intertnet Explorer. Dan edit lah atau perbaharui lah helaian tersebut. Setelah siap edit save kan terus.jangan ubah nama (rename) pada sesuatu helaian itu. Semasa anda berada di dalam mengedit satu satu halaman. Contohnya sedang mengedit laman_satu. Anda dengan mudah membuka halaman lain untuk mengedit. Caranya klik saja pada Open, pilihlah helaian mana lagi yang nak di edit. Boleh anda buka beberapa helaian sekali gus. Tapi pastikan kesemua helaian itu di save kan ke nama asalnya. Jangan suka suka nak ubah sesuatu nama laman itu. Ini akan menyusahkan dan memeningkan kepala sahaja. Termasuk lah ingatan komputer ia tidak akan berfungsi lagi terutama dalam hyperlink.

 

           Setelah pasti kesemua helaian siap di buat dan siap di hyperlink. Anda bolehlah mencuba membukanya folder web_anda dengan mengklik muka pertama ‘indek’. Klik lagi dan klik lagi kemana mana hyperlink di sambungkan. Pastikan kesemuanya berfungsi dengan betul. Tidak ada salah dan silapnya lagi. Maka siaplah halaman web anda. Kini untuk proses ‘upload’. Ia itu menghantar laman web anda ke dunia siver untuk tontonan orang lain.

 

 

MEMBUAT LAMAN WEB MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD.

 

         Membuat laman web menggunakan microsoft word lebih mudah. Buka program microsoft word, klik View pilih Web Layout.  Tulis dan lakarlah apa saja di situ. Masukkan lah apa apa saja terus latar belakang, gambar atau hiasan dari mana mana folder di dalam komputer. Tak perlu di kutip dahulu. Cuma yang tak boleh di buat di sini menggerakkan tajuk tulisan. Dan tidak boleh memasukkan latar belakang music(lagu). Setelah siap klik File di penjuru kiri atas, Save As Web Page ke dalam satu Folder khas web anda. Microsoft word secara outomatik akan membuatkan folder khas menempatkan segala gambar yang anda masukkan. Kesemuanya sudah siap. Contohnya kiranya anda Save As atas nama biodata_saya. Akan wujud satu folder khas bernama biodata_saya_folder  Di dalamnya sudah tersedia gambar gambar yang anda sertakan. Cuma waktu nak upload nanti, perlulah di upload kesemuanya, seperti yang akan saya terangkan di bawah. Ianya juga boleh kita buat hyperlink kemana mana helaian web anda. Bagitu juga halnya hendak mengedit, buka dan pilih edit menggunakan microsoft word.

         Bagitu juga halnya kalau menggunakan Microsoft Excel, atau Microsoft Power Point. Bila Save mesti Save As Web Page. Komputer dengan sendirinya akan membuatkan folder_khas nya, apa juga gambar yang anda masukkan.

 

 

CARA NAK UPLOAD LAMAN WEB.

 

    Kalau anda memiliki komputer sendiri, pastikan anda boleh menggunakan internet. Kalau kat rumah tak ada talian internet, boleh bawa folder web_anda pergi ke CC.(Pusat Siver) atau dimana saja ada komputer berinternet. dan upload di sana. Ada banyak siver yang menawarkan secara percuma untuk anda menerbitkan laman web persendirian. Seperti http://geocities.yahoo.com   http://www.tripod.lycos.com  http://angelfire.lycos.com  http://www.crosswinds.net  . dan banyak lagi pilihan. Atau anda mencari sendiri menggunakan injin pencari http://www.google.com  atau http://www.altavista.com  dengan menaip free siver atau free website. Anda akan di ketemukan dengan siver siver yang menawarkan laman web secara percuma.

    Sebagai contoh Di sini saya terangkan macammana nak upload melalui tripod.  Buka halaman http://www.tripod.lycos.com

Klik pada SIGN UP.

     Anda akan di berikan borang yang perlu ada isi. Ini sama seperti anda mengisi borang mendapatkan emel percuma di siver. Di borang itu wajib di isi nama anda (nama untuk laman web anda) Contohnya kalau nama anda rahmat. Anda boleh tuliskan rahmat07 atau rahmat2007 atau apa saja, asal jangan terlalu panjang. Pastikan huruf kecil sahaja. 

     Password adalah kata kunci atau kata laluan untuk anda membuka atau mengedit laman web anda. Anda wajib mengingat nama siver anda dan mengingat kata kunci anda. Password boleh anda buat menggunakan apa apa perkataan, apa apa nombor atau gabungan perkataan dengan nombor. Yang orang lain tidak boleh tahu. Hanya anda sendiri sahaja yang boleh tahu dan mengingatinya. Contohnya kuda45. Bila di taip akan kelihatan ****** sahaja. Atau kata kunci nbq5971(no kenderaan anda) maka kelihatan 7 tanda *******  ulang kata kunci di petak seterunya. Dan isi kesemua ruang borang yang di perlukan. Di bawah borang itu terdapat 6 angka yang yang tonggang terbalik kedudukannya. Anda wajib menaip angka angka ini di ruang yang di sediakan. Setelah siap di isi. Klik pada AGREE Apabila borang anda tersalah isi, ia akan timbul sekali lagi untuk di isi, biasanya pada ruang nama, yang mana nama siver tidak boleh ada samanya dengan nama nama siver orang lain di dunia ini. Isikan sekali lagi hinggalah berjaya. Apabila berjaya anda akan diberikan satu tapak web. Contohnya  kalau nama web anda rahmat07  tapak web anda ialah http://rahmat07.tripod.com  inilah alamat sebenar web anda.

 

   Di ruang tapak web anda pilihlah BUILD & EDIT.

   Klik pada File Manager. Akan timbul satu ruang (FILE MANAGER) dimana kesemua helaian web anda akan di tempatkan. Di sini ada boleh mengisi sehingga 20MB secara percuma.

 

Pada permulaan biasanya terdapat forder folder kosong sebagini:

 

  _vti_bin    DIR 0    02/25/07    04:30:52 AM EST

 

  _vti_cnf    DIR 0    02/25/07    04:30:52 AM EST

 

  _vti_pvt    DIR 0    02/25/07    04:30:52 AM EST

 

  _vti_txt     DIR 0    02/25/07    04:30:52 AM EST         Jangan buang folder folder ini.

 

 

FILE MANAGER.

 

 Untuk anda meng upload web_anda. Klik pada butang kecil di sebelah Upload Via. Pilih Single files (8).

bila di klik pada single files (8) akan timbul ruang 8 kekotak untuk anda browse(cari) dimana helaian web anda di simpan di dalam komputer. Pastikan hanya files sahaja yang boleh di upload di sini. Sekiranya ada Folder Tinggalkan folder itu dahulu. Klik Browse (akan timbul window komputer anda) dan cari lah satu persatu sehingga 8 files. Jangan di tandakan apa apa pada ruang Make lowercase* atau ruang Allow overwrite**  Setelah itu klik pada Upload.kat bawah. Sebaik selesai upload, ia akan memberitahu upload anda berjaya. Kalau tak cukup 8 files ulang lagi apa yang tertinggal. Sekiranya ada baki, ulangi lagi proses upload dengan mengklik butang Back to Upload, ulangi lagi cara itu sehingga habis kesemuanya berjaya di upload. Bila dah habis upload klik Close. Ia akan kembali ke File Manager web anda.

      Sekiranya ada folder yang anda cipta(buat). Anda klik pada New Directory. Akan timbul satu kotak untuk anda menaip apa nama folder tersebut. Pastikan ejaan yang anda taip itu betul betul sama dengan nama folder sebenar di komputer anda. Kemudian OK. Dalam senarai File Manager web anda akan wujud satu folder baru bernama (yang baru anda taip tadi). Klik pada nama folder tersebut. Akan timbul lagi ruang file manager lain bernama folder itu.klik pada butang sebelah Upload Via,pilih Single files (8). Dan  browse. Apabila anda klik browse pastikan anda mencari dahulu jenama folder yg sama di komputer anda. Buka folder itu dan upload lah files di dalam nya sehingga 8 sekali gus. Sekiraya tak sampai 8, Cuma ada 5 atau 3 saja, terus saja klik upload. Tak usahlah risau tak cukup. Bila dah habis kembali lah ke ruang File Manager web_anda, dengan meng klik pada butang kecil di sebelah kiri bernama up. Kiranya ada lagi folder lain. Buka lagi New Directory. Ulangi lah cara tersebut hingga selesai.

       Apabila dah habis kesemua files dan folder di upload. Anda boleh menyemak laman sebenar Web_anda. Caranya klik pada files yang bernama index di senarai File Manager. Maka akan timbul satu window berasingan yang memaparkan laman web anda yang sebenarnya. Klik dan terus klik di mana mana anda membuat hyperlink dahulu. Kiranya semua boleh timbul seperti yang ada di dalam komputer anda, bererti anda berjaya lah mencipta dan meng upload laman web anda.

       Apabila anda nak keluar dari File Manager web_anda, klik lah Log Out. Anda boleh juga menyemak laman web anda menerusi Microsoft Internet Explorer dengan terus menaip alamat laman web anda sepenuhnya. Atau kalau nak puas hati lagi, anda pergilah ke CC atau lain komputer berinternet, bukalah dari sana. Atau bagi alamat web anda kepada kawan kawan, suruh meraka buka dan beri komen. Pasti boleh dan anda telah berjaya.

 

Cara menghantar (upload) laman web yang telah di ubah suai atau diperbaharui.

 

         Setelah beberapa hari, minggu atau bulan anda teringin mengubahsuai laman web_anda. Caranya buka (open) lah helaian mana salinan asal web_anda di dalam komputer yang nak di perbaharui. Klik pada edit. Setelah siap edit save kan terus ke nama itu, jangan ubah nama helaian itu. Kalau nak menambah lagi helaian lain, buka saja New Page of Web. Lakar atau taiplah apa apa. Dan save atas nama lain. Pastikan anda meng edit dan membuat hyperlink kepada helaian baru itu. Kalau tidak ada hyperlink alamat tak boleh bukak lah jawapnya. Pastikan juga anda ingat berapa helaian yang anda edit. Sebab setiap helaian yang di edit perlu di upload kan semula.

          Tiba waktu nak meng upload. On lah internet. Buka semula http://www.tripod.lycos.com  untuk login masuk, taipkan nama dan kata laluan anda. Klik pada File Manager. Setelah terbuka File Manager web_anda, gunakan lah Single files (8) untuk meng upload. Caranya sekiranya nama helaian itu sudah ada, ia itu ingin memperbaharui kandungannya saja.(yang telah di edit) Di kotak browse itu tandakan pada Allow overwrite**  ini bermaksud untuk memperbaharui. Sekiranya helaian baru, tak perlu tanda apa apa, upload sahaja terus sebagaimana yang telah di tunjukkan caranya di atas.

          Untuk makluman anda.sekiranya anda menggunakan komputer peribadi sendiri di rumah anda. Anda tidak perlu Log Out setiap kali meninggalkan file manager. Terus saja off kan talian. Di lain hari bila anda membukanya kembali File Manager anda ia nya akan terus terbuka tanpa memasukkan nama dan katakunci lagi. Ini amat memudahkan dan mencepatkan kerja. Akan tetapi jangan tidak Log Out kalau di komputer awam atau komputer orang lain, nanti takut orang lain boleh buka File Manager anda, dan orang lain boleh merosakkan web_anda.

 

MENDAPATKAN GUESTBOOK. Atau BUKU LAWATAN.

 

       Selalunya setiap laman web tidak lengkap kalau tidak ada Guestbook. Di mana setiap pengunjung yang melawati laman web_anda akan dapat memberikan komen mereka. Anda juga juga mendapatkan secara percuma dari mana mana siver yang menawarkannya. Contohnya seperti. http://two.guestbook.de/  atau  http://www.ultraguest.com/cp/  . Dan banyak lagi pilihan yang boleh anda pilih. caranya macam nak mendapatkan emel juga. Perlu ada username dan password. Dan isi sedikit borang yang di minta. Setelah berjaya, biasanya mereka akan menghantar alamat guesbook anda melalui emel anda. Bila anda sudah mendapat alamat guestbook anda, bolehlah anda membuat hyperlink terus dari helaian web_anda. Dengan cara meng edit semula laman(helaian) web_anda. Buatlah butang kee atau perkataan  yang boleh anda hyperlink kan terus ke alamat guestbook anda. Sebenarnya anda sendiri boleh mencuba membuat apa apa catitan di guestbook anda sendiri, tak semestinya orang lain. Asal saja laman guestbook itu terbuka.

 

 

Sebelumnya; Emel                                      Seterusnya; Perkakas  

 

 

SELAMAT MENCUBA

Di sediakan sendiri oleh ‘AhbA’