SIRI BELAJAR KOMPUTER 11.

 

 

PERKAKAS TAMBAHAN.

 

 

 

          Setiap komputer pastinya akan menjadi lebih lengkap lagi kiranya di tambah beberapa lagi perkakas tambahan. Di antaranya adalah seperti berikut.

 

 

 

PRINTER.(Pencetak) Tanpa printer pastinya anda tidak dapat mencetak sebarang document yang anda buat. Banyak jenama printer di pasaran. Anda boleh memilih mana satu yang sesuai. Setiap printer yang di beli, selalunya mesti di bekalkan dengan perisian (CD) nya sekali. CD ini perlu anda install (masukkan program) ke dalam komputer anda. kalau tak di Install, printer anda tidak akan berfungsi untuk komputer anda. caranya mudah saja. Sambungkan cabel printer ke PC komputer anda. sambungkan juga cabel letrik. On kan komputer.  Masukkan CD printer ke pemacu CD. Dan install lah mengikut langkah yang di arahkan. Setelah siap biasanya akan ada icon printer anda di screen. Anda boleh mula mencuba printer yang telah di sambungkan.

 

DISKET. Disket merupakan perkakas terawal untuk menyimpan maklumat di luar komputer. Biasanya kalau membeli komputer baru, sudah ada pemacunya di sediakan. Ini berguna untuk menghidupkan komputer buat pertama kalinya. Sebab biasanya perisian pembuka program komputer di simpan di dalam disket, sesudah itu barulah setup perisian window yang di simpan di dalam CD. Disket mempunyai ruang yang kecil ia itu 1.4 MB sahaja. 1,400 KB sahaja. Harganya biasanya RM1.50 hingga RM2.50 sahaja. Zaman sekarang disket sudah kurang di gunakan, kerana ianya kecil muatannya, lambat bertindak dan mudah rosak. 

 

SCANNER.(Pengimbas) Adalah perkakas untuk menyalin (photostat) segala document atau gambar yang telah siap di cetak untuk di masukkan atau di simpan kedalam komputer. Kebanyakkan scanner juga boleh bertindak sebagai mesin Photostat. Ada perisian nya yang di sediakan ketika anda membeli scanner baru. Caranya mudah saja, letakkan gambar atau document di bawah scanner, di masa yang sama on kan printer. Ikutlah arahan yang tertera di screen.   Banyak jenama scanner ada di pasaran. Sama hal nya dengan printer, perlu ada CD perisian nya untuk komputer anda mengenali jenis scanner anda.

 

PEMACU CD-R / CD-RW. Kebanyakkan komputer baru biasanya di lengkapi dengan satu pemacu CD-R sahaja.(boleh membaca sahaja). Anda boleh menambah pemacu CD-RW, (yang boleh membaca dan menulis) samaada jenis dalaman (di letakkan di dalam casing) atau jenis luaran (biasanya menggunakan sambungan USB). Pemacu CD-RW berguna untuk menyalin Document atau gambar yang telah banyak di simpan di dalam Harddisk komputer anda. Sekiranya berlaku kerosakan pada komputer anda (khasnya harddisk) CD RW  ini pasti akan menyelamatkan document atau gambar gambar yang telah sekian lama anda buat atau simpan. Pemacu CD-RW juga boleh dijadikan alat penyalin (pendua) sebarang CD, VCD,DVD,MP3, CD perisian, CD game dan sebagainya.

 

CD-R / CD-RW. Sekiranya ada pemacu CD-RW, pastinya anda juga kena membeli piring CD-R atau piring CD-RW. Piring CD-R hanya boleh di tulis sekali sahaja. Tidak boleh di padam padam lagi. Ianya kekal selagi ianya berkeadaan baik. Manakala piring CD-RW pula boleh di tulis, boleh di padam dan boleh di tulis semula sehingga 1000 kali selagi ianya tidak rosak atau calar. Muatan kedua dua jenis piring ini ialah 700MB, berbanding disket yang hanya boleh memuatkan 1.4MB sahaja. Harga sekeping CD-R biasanya antara 0.60 sen hingga RM1.50 sahaja, tetapi piring CD-RW mahal sedikit antara RM4.00 ke RM6.00 sekeping. Patut pun ianya boleh di tulis berulang ulang.

 

PEN DRIVE. Adalah sejenis alat untuk menyimpan maklumat di luar komputer. Bentuknya kecil sahaja ia itu kira kira 1cm x 2 atau 3cm sahaja. Ianya di sambung melalui sambungan USB. Mudah di tanggalkan dan mudah di bawa kemana mana. Ianya hanya boleh di gunakan pada komputer yang mempunyai perisian window ME atau window2000 ke atas sahaja.  Ianya juga terdapat dalam pelbagai saiz muatan, dari 32MB, 64MB, 128MB, 256MB, 512MB dan 1GB. Ini bermakna lebih besar memorinya lebih banyak maklumat yang dapat kita simpan. Melalui pendrive ini, semua kerja pemindahan, penyimpanan atau penyalinan pelbagai data dapat di lakukan dengan pantas. Tidak seperti disket yang pergerakannya amat perlahan dan muatannya yang amat kecil.

 

CAMERA DIGITAL. Adalah kamera tanpa kodak atau filem. Tetapi ianya ada memori untuk menyimpan gambar. Memori nya terdapat dalam pelbagai saiz muatan bergantung pada jenis kamera. Saiznya sama macam pen drive. Lagi besar memori, lebih banyak gambar yang dapat di ambil. Melalui kamera digital ini, kita boleh memindahkan terus kesemua gambar gambar ke dalam harddisk komputer untuk di simpan. Setelah di pindahkan kita boleh memadam atau delete gambar yang ada dalam memori kamera, untuk membolehkan kita mengambil gambar di lain kali. Dengan cara ini tak perlu kita membeli lagi memori, cukup sekali untuk seumur hidup kamera selagi ianya masih tidak rosak. Untuk melihat gambarnya kita boleh tengok terus melalui komputer. Kalau nak senang gunalah apa apa perisian yang membolehkan dan memudahkan kita untuk melihat gambarnya. Untuk menghasilkan gambar sebenar, kita hanya perlu cetak gambar itu menggunakan printer. Sebaik baiknya gunalah printer khas untuk mencetak gambar, supaya dapat gambar yang berkualiti. Atau bawa saja kekedai gambar untuk di cetak, samaada telah di pindahkan melalui pendrive,CDR atau disket. Atau pun terus saja bawa kamera itu ke kedai gambar. Selain camera digital, VidioCameraDigital atau telefon berkamera juga mempunyai fungsi yang sama. Mudah di pindahkan ke dalam komputer untuk di simpan. Kalau dah banyak boleh di simpan di dalam CDR. Dan boleh padam yang ada di dalam harddisk komputer.

 

Sebenarnya banyak lagi perkakas lain yang boleh di sambungkan melalui komputer. Untuk kali ini cukup saya terangkan mana yang penting dan biasa di gunakan sahaja dulu.

 

 

 

 

 

 

Sebelumnya; Membena laman Web.                          Seterusnya  Perisian tambahan.